Ayam gepuk lebih nikmat dengan bayam goreng! Ramai sedang 'top up' kalori, kolesterol
TIDAK sah rasanya menikmati nasi ayam gepuk tanpa sayuran-sayuran bagi membantu membangkitkan selera.
Antara pilihan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia semestinya kubis atau bayam salut tepung yang digoreng rangup.
Penambahannya cukup penting untuk menjadikan hidangan tersebut lengkap dengan nutrien yang diperlukan badan.
Bagaimanapun, di sebalik tanggapan ia membekalkan vitamin, bayam goreng tepung sebenarnya boleh mengundang risiko kesihatan yang serius.
Menerusi hantaran seorang pengguna Threads, dia mengaitkan makanan tersebut dengan risiko individu menghidap penyakit jantung seawal usia 30-an.

Menurutnya, sajian tersebut memang enak namun cara memasaknya menggunakan api yang kuat dan minyak masak panas berpotensi meningkatkan paras kolesterol LDL.
"Umur 30+ dah ada kena sakit jantung. Elak makan sayur bayam 'deep fry'.
"Boleh menyumbang kepada peningkatan kolesterol LDL (kolesterol jahat) bergantung pada jenis dan jumlah minyak," katanya.
Di ruangan komen, hantaran itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat tersebut.
MENARIK DIBACA: Kubis goreng memang buat ketagih, tapi awas boleh jadi penyebab kanser usus
MENARIK DIBACA: Hari-hari makan ayam gepuk, pemuda umur 23 tahun kena gout! Kacang tak patut dipersalahkan
"Tinggi oksalat, ada purine. Kau goreng pula 'deep fry' bubuh pula tepung. Gila berduyun-duyun kalori dan tak sihat. Karsinogen pun boleh ada.
"Bayam juga tinggi oksalat, tak sesuai untuk yang ada batu karang," komen netizen
Selain itu, seorang pengguna mengingatkan orang ramai supaya mengurangkan pengambilan semua jenis makanan bergoreng dan bukannya hanya tertumpu kepada bayam.
Malah ada juga yang membandingkan hidangan itu dengan pisang goreng yang disalut tepung kemudian digoreng rangup.

"Semua makanan yang digoreng perlu dikurangkan, bukan bayam sahaja.
"Pisang goreng macam mana pula, bukan sama je ke?" komen netizen.
Untuk makluman, Persatuan Jantung Amerika (AHA) memberi peringatan bahawa pengambilan lemak tepu secara berlebihan boleh meningkatkan paras kolesterol LDL yang dikenali sebagai kolesterol jahat.
Lemak tepu boleh didapati dalam sesetengah minyak masak, termasuk minyak sawit dan minyak kelapa, serta beberapa jenis makanan bergoreng.
Organisasi itu turut menekankan kepentingan corak pemakanan secara keseluruhan dalam menjaga kesihatan.