Cara buat jus cuci rahim, minum masa hujung haid baik untuk dalaman wanita
KESIHATAN dalaman banyak dipengaruhi oleh amalan pemakanan seharian.
Sebab itu, penting untuk memastikan makanan dan minuman yang diambil mengandungi nutrien yang baik untuk tubuh.
Menerusi laman Threads, perkongsian seorang individu mengenai jus yang didakwa boleh membantu ‘mencuci rahim’ ketika haid menarik perhatian ramai wanita.

Jus berkenaan menggunakan gabungan bahan semula jadi seperti kunyit hidup, halia, oren dan nanas yang mana kesemuanya mudah didapati.
"Minum masa haid hujung-hujung macam hari yang keempat, kelima. Kita 'support' rahim kita bersihkan darah kotor yang gelap-gelap itu.
"Minum hari-hari, satu cawan sehari sampai darah kita 'stop' dan kita pun 'stop' minum," katanya.
MENARIK DIBACA: Jus delima bantu turunkan kolesterol jahat, pakar saran minum waktu pagi
MENARIK DIBACA: Cara buat jus retinol guna 5 bahan, bantu serikan kulit wajah
Cara penyediaan:
- Bersihkan kunyit hidup, halia, oren dan nanas sebelum dipotong kecil.
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
- Tambahkan sedikit air jika perlu, tapis jus untuk mendapatkan airnya sahaja.
- Simpan di dalam peti ais jika ingin menikmati jus dalam keadaan sejuk.

Untuk info, kunyit hidup mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang, manakala halia pula boleh membantu melegakan rasa loya serta ketidakselesaan penghadaman.
Nanas kaya dengan vitamin C yang membantu menyokong sistem imun badan.
Buah ini juga mengandungi bromelain, iaitu enzim yang membantu memecahkan protein semasa proses penghadaman.
Walaupun bahan-bahan ini mempunyai khasiat tersendiri, tiada bukti saintifik kukuh bahawa gabungan kunyit, halia dan nanas boleh mencuci rahim atau menyingkirkan darah kotor ketika haid.