info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Jus delima bantu turunkan kolesterol jahat, pakar saran minum waktu pagi

Lead Image

BUKAN sekadar menyegarkan tekak, jus delima juga dikatakan mempunyai manfaat untuk membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Selain mengambil makanan tinggi serat seperti bijirin dan kekacang, buah-buahan yang diambil setiap hari juga memainkan peranan dalam membantu manusia menjaga kesihatan.

Menurut laporan EatingWell, jus delima menjadi antara pilihan minuman pagi yang disarankan oleh pakar pemakanan.

Satu kajian saintifik turut mendapati pengambilan buah delima dengan penurunan paras trigliserida.

Ini kerana jus delima kaya dengan polifenol, iaitu antioksidan yang membantu melindungi kolesterol LDL atau kolestrol jahat daripada kerosakan akibat proses pengoksidaan.

Proses ini penting untuk diberi perhatian kerana ia berkait dengan pembentukan plak pada dinding salur darah.

Malah, satu kajian saintifik turut mendapati pengambilan buah delima dengan penurunan paras trigliserida dan kolesterol LDL, selain peningkatan kolesterol HDL atau kolesterol baik.

MENARIK DIBACA: 3 kali disebut dalam al-Quran, ini 6 sebab buah delima dianggap 'superfood'

MENARIK DIBACA: Bukan sekadar sedap dibuat jus, buah delima agen penghasil kolagen wajah

Sementara itu, dalam kajian lain, pengambilan kira-kira secawan jus delima sehari selama dua minggu didapati membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam kalangan golongan dewasa pertengahan usia

Bagi yang ingin mencuba, pakar menyarankan supaya memilih jus delima 100 peratus tanpa gula tambahan dan mengehadkan pengambilan kepada setengah hingga satu cawan sehari.

Jus ini juga boleh dicampurkan ke dalam smoothie bersama buah-buahan, bayam dan biji rami (flaxseed) untuk menambah kandungan serat dalam minuman.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

5 'trend' diet ini mungkin tak sesuai dengan anda, jangan buta tuli ikut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Gelisah jika tak minum, anda sebenarnya ketagih kopi atau gula? Semak fakta ini

Terhangat