info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Gelisah jika tak minum, anda sebenarnya ketagih kopi atau gula? Semak fakta ini

Lead Image

KOPI sering tersenarai dalam salah satu minuman yang perlu dikurangkan apabila seseorang sedang diet. 

Kopi yang dicampur dengan gula, susu pekat, krimer atau sirap boleh meningkatkan kandungan kalori dan gula dalam setiap cawan.

Perkara ini menjadi perbualan di Threads selepas Public Health Malaysia berkongsi bahawa beberapa jenis kopi seperti Spanish latte, caramel, sirap ekstra dan 'cream crown' yang diminum mungkin bukan kerana mengidam kopi tetapi ketagihan gula.

"Kalau memang perlukan kopi setiap hari pilih Americano, long black, OTR plain dan plain latte

"Tetapi kalau setiap hari mesti Spanish Latte, caramel, extra syrup dan cream crown mungkin yang anda 'craving' bukan kopi sangat tetapi gula," kongsi laman advokasi kesihatan itu. 

Perkongsian oleh Public Health Malaysia di aplikasi Threads.

Perkongsian tersebut mendapat respon daripada netizen yang bersetuju bahawa terdapat perbezaan antara pencinta kopi dengan mereka yang lebih menggemari kopi kerana rasa manisnya.

"Setuju, kalau selalu mengidam selain dari empat di atas itu selalunya lebih kepada mengidam gula.

"Bukan kopi sangat pun," komen salah seorang netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang berpendapat bahawa kopi di kedai mamak biasanya menggunakan susu pekat manis yang tinggi kandungan gula manakala sesetengah kedai kopi menggunakan susu segar. 

"Ramai yang tidak sedar kandungan gula tambahan itu boleh memberi kesan kepada kesihatan," kata seorang netizen.

Antara pandangan netizen berkaitan perkongsian tersebut.

Pada masa sama, ada netizen yang mengingatkan bahawa minuman manis yang diambil setiap hari wajar diberi perhatian terutamanya untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan atau cuba mengurangkan pengambilan kalori.

MENARIK DIBACA: Perhatian untuk lelaki! 8 makanan ini bantu tingkatkan kualiti, kesihatan sperma

MENARIK DIBACA: Biskut Oreo biasanya manis, kini tampil dengan krim ayam goreng KFC pula!

Sementara itu, ada netizen berkongsi bahawa dirinya kini sedang berusaha beralih kepada Americano.

"Walaupun sudah berjaya minum kopi tanpa gula tetapi masih sukar untuk meninggalkan 'fresh milk' kerana masih gemar latte," kongsinya.

Antara komen netizen di aplikasi Threads.

Bagi yang sedang mengamalkan diet, mungkin sudah tiba masanya untuk melihat semula rutin kopi harian.

Tidak semestinya perlu tinggalkan kopi. 

Mungkin yang perlu dikurangkan atau ditolak terus ialah gula dan bahan tambahan dalam secawan kopi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Jus delima bantu turunkan kolesterol jahat, pakar saran minum waktu pagi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Cegah nyanyuk antara 5 kebaikan makan kunyit, ini cara pengambilannya

Terhangat