info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Cegah nyanyuk antara 5 kebaikan makan kunyit, ini cara pengambilannya

Lead Image

KUNYIT merupakan salah satu tumbuhan herba yang digunakan dalam masakan untuk membangkitkan rasa dan menyerlahkan warna kuning dalam masakan.

Selain berfungsi sebagai rempah, kunyit juga digunakan secara meluas sebagai 'ubat' pembersih dalaman selain untuk tujuan kecantikan kulit.

Banyak kajian dan bukti menunjukkan kunyit mampu menjadi bahan antiradang terbaik di muka bumi terutama terhadap kesihatan tubuh.

Paling menakjubkan, kunyit turut mampu membantu mengelakkan seseorang kelihatan cepat tua daripada usia sebenar. 

Jom semak antara keistimewaan kunyit yang mungkin tidak diketahui ramai.

Kunyit mampu menjaga fungsi otak dan mencegah masalah nyanyuk untuk warga emas.

1. Merawat usus

Mungkin ramai menganggap kebaikan kunyit akan terus masuk ke dalam darah selepas dimakan. Hakikatnya, cuma satu hingga dua peratus sahaja kebaikan kunyit akan diserap dalam darah.

Kunyit sebenarnya paling baik untuk bahagian usus kerana ia bertindak memberi 'makan' kepada bakteria baik dan menghalang keradangan supaya tidak melarat ke bahagian lain seperti sendi, otak atau jantung.

2. Lindungi otak

Kunyit terbukti secara klinikal mampu membantu melindungi dan menyokong kesihatan otak.

Kajian menunjukkan, individu yang makan dua hingga lima gram kunyit setiap hari mampu mengelakkan diri daripada mendapat demensia atau nyanyuk.

Selain itu, individu yang mengambil kunyit secara konsisten akan mengalami peningkatan daya ingatan sebanyak 28 peratus dalam tempoh 18 bulan, serta menunjukkan fokus yang lebih baik.

MENARIK DIBACA: Penangan kuih lopes! Baru hidu bau pandan, gula merah perut terus rasa lapar

MENARIK DIBACA: [V] Amir Nafis 'hantu telur', sedar-sedar diejek gemuk! Masuk sekolah menengah kurus, 'handsome' semula

3. Agen detoks natural

Kunyit mampu bertindak dengan cara menyokong dan merangsang fungsi organ detoks semula jadi badan terutamanya hati. 

Peranan sebenar kunyit dalam proses detoksifikasi adalah seperti membantu meningkatkan penghasilan enzim yang diperlukan hati untuk menapis dan menyingkirkan sisa toksik daripada darah.

4. Membantu menurunkan berat badan

Kunyit tidak membakar lemak di dalam badan secara langsung, sebaliknya membantu meningkatkan metabolisma tubuh seseorang supaya tidak menukar karbohidrat menjadi simpanan lemak.

Pada masa sama, kunyit turut mengawal gula dalam darah dengan meningkatkan kepekaan tubuh terhadap hormin insulin, sekali gus mengelakkan penyimpanan lemak berlebihan.

Kunyit yang digabungkan dengan lada hitam dan halia boleh menggandakan kelebihannya untuk tubuh badan.

5. Membentuk pelbagai bakteria baik

Kunyit diketahui sangat aktif dalam membantu membina semula usus dengan membentuk pelbagai bakteria baik untuk disebarkan ke seluruh tubuh.

Cara amalkan pengambilan kunyit dengan betul:

  1. Campurkan serbuk kunyit kering dalam makanan antara satu hingga tiga gram setiap hari.
  2. Kalau guna kunyit hidup, perlu lebihkan dua hingga tiga kali ganda lebih banyak.
  3. Untuk hasil terbaik, gandingkan pengambilan kunyit dengan lada hitam dan halia kerana kedua-dua bahan ini boleh menggandakan kadar resapan dalam badan.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Gelisah jika tak minum, anda sebenarnya ketagih kopi atau gula? Semak fakta ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Limau kasturi kecil tapi 'power'! Cuba buat kiub jus, tip awet muda kos rendah

Terhangat