info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Limau kasturi kecil tapi 'power'! Cuba buat kiub jus, tip awet muda kos rendah

Lead Image

LIMAU kasturi saiznya kecil, tetapi sudah cukup untuk menonjolkan rasa masam dan segar dalam masakan atau minuman.

Selain memberikan sensasi menyegarkan, buah bersaiz kecil ini juga mengandungi beberapa nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Menerusi hantaran seorang pengguna Threads dikenali sebagai Habibah Badar Bajrai, dia berkongsi beberapa khasiat limau kasturi berdasarkan penerangan daripada pakar pemakanan.

Perkongsian tersebut di laman Threads.

Menurutnya, kandungan vitamin C dalam limau kasturi dikatakan lebih tinggi berbanding oren, selain mengandungi antioksidan yang baik untuk tubuh.

“Dr Norashikin kata, limau kasturi ni lebih tinggi vitamin C dari oren.

“Dr Rizal pula kata, limau kasturi ni ada antioksidan yang luar biasa. Kadar phloretin lagi tinggi dari teh hijau dan epal hijau,” tulisnya.

MENARIK DIBACA: Pakai deodoran pun tak jalan! Sental limau kasturi pada ketiak bantu hilangkan bau badan

MENARIK DIBACA: Tak payah membazir buat rawatan laser, kapur sirih dan limau kasturi berkesan buang bulu ketiak

Selain itu, kandungan sebatian antioksida iaitu asid ferulik yang tinggi dalam limau kasturi turut membantu dalam penjagaan kesihatan kulit.

"Ada asid ferulik untuk hilangkan kedut pada kulit. Awet muda kos rendah. Nak lagi 'best', minum sekali dengan kayu manis Ceylon," kongsinya lagi.

Dalam perkongsian sama, Habibah turut berkongsi cara mudah untuk menyimpan jus limau kasturi supaya boleh dinikmati pada bila-bila masa.

  1. Perah jus limau kasturi dan masukkan ke dalam acuan ais.
  2. Bekukan di dalam peti sejuk.
  3. Apabila ingin menikmatinya, ambil satu kiub jus limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas.
  4. Tambahkan air dan tunggu sehingga kiub tersebut larut sebelum diminum.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Cegah nyanyuk antara 5 kebaikan makan kunyit, ini cara pengambilannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Pilih susu oat, soya dan badam kerana anggap lebih sihat? Fakta penting ini anda perlu tahu

Terhangat