Ikan selayang sambal cili kering... Lauk ringkas, sedap 'terpelanting'!
LAUK makan malam ringkas seperti ikan goreng cili kering dengan tauge masak lemak sudah cukup untuk membangkitkan selera dan menghilangkan penat selepas seharian bekerja.
Apatah lagi dihidangkan panas-panas dan dinikmati bersama orang tersayang, memang pasti tak cukup sepinggan nasi.
Seorang wanita dikenali sebagai RamizahSukri berkongsi cara menyediakan menu ringkas nostalgia, ikan selayang masak cili kering untuk memenuhi permintaan keluarga.
"Ada peminat sambal? Mari cuba resipi sambal cili kering macam ini pula. Sedap tau, cara buat pun lebih ringkas dan cepat.
"Makan dengan nasi hangat, memang sedap 'terpelanting'! Nak tukar ikan kepada udang atau sotong pun boleh, ikut selera masing-masing," kongsinya di Threads.
Wanita ini juga memberitahu, individu yang sukakan kepedasan boleh lebihkan penggunaan cili kering dan kuah sambal mengikut cita rasa masing-masing.

Bahan-bahan
- 2 ekor ikan selar saiz sederhana
- 2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 7 tangkai cili kering
- Gula Melaka
- 2 keping asam keping
- Garam
MENARIK DIBACA: Bosan ayam goreng biasa? Cuba versi letak serai, sekejap je licin pinggan
MENARIK DIBACA:Balik dari luar negara, terkejut semua makanan 'dimaniskan'... Deria rasa orang Malaysia jadi bualan
Langkah penyediaan
- Panaskan minyak kemudian goreng ikan selayang dilumur dengan kunyit dan garam sehingga garing.
- Angkat dan ketepikan.
- Guna minyak yang sama, goreng bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga layu dan angkat.
- Gunakan mesin pengisar, kisar bahan-bahan tadi sehingga lumat.
- Dalam kuali sama, goreng semula bahan-bahan dikisar tadi sehingga pecah minyak dan naik aroma.
- Tambah gula Melaka dan asam keping, garam secukup rasa lalu gaul sebati semua bahan.
- Masukkan ikan sudah digoreng tadi dan gaul perlahan agar sambal sebati dengan ikan.
- Boleh angkat dan hidang dengan nasi panas.