info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

5 'trend' diet ini mungkin tak sesuai dengan anda, jangan buta tuli ikut

Lead Image

SEKARANG macam-macam trend makanan dan pemakanan muncul di media sosial, terutama TikTok.

Ada yang nampak menyihatkan, mudah diamalkan dan didakwa membantu menurunkan berat badan atau membuatkan seseorang lebih sihat.

Bagaimanapun, jangan terus percaya pada 'trend' hanya kerana ramai yang turut mencubanya!

Sesetengah 'trend' sebenarnya tidak sesuai untuk semua individu dan ada yang boleh mendatangkan risiko jika diamalkan tanpa memahami keperluan tubuh.

Pakar pemakanan berkongsi lima 'trend' yang sering tular tetapi sebenarnya tidak patut diikut secara membuta tuli.

Bone broth mengandungi nutrien seperti kolagen, gelatin, kalsium dan asid amino.

1. Wajib 100 gram protein sehari

Trend mengambil 100 gram protein setiap hari tidak sesuai dipraktikkan oleh semua orang memandangkan setiap individu mempunyai keperluan protein berbeza.

Ia juga mengambil kira berat badan dan tahap aktiviti fizikal.

Sebagai panduan, orang dewasa memerlukan kira-kira 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan, manakala mereka yang aktif bersenam mungkin memerlukan lebih banyak mengikut keperluan tubuh.

2. Bone broth boleh sembuhkan penyakit

Bone broth atau sup tulang sering dipromosikan sebagai minuman yang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kerana mengandungi nutrien seperti kolagen, gelatin, kalsium dan asid amino.

Bagaimanapun, belum ada bukti kukuh yang menunjukkan bone broth jauh lebih berkhasiat berbanding sup biasa.

Untuk tambah khasiat, beliau menyarankan sup ditambah dengan kekacang dan pelbagai jenis sayuran.

MENARIK DIBACA: Teknik ‘no oil no butter’ jadi trend, makanan sihat dimasak influencer buat ramai terliur

MENARIK DIBACA: Viral snek kiub ais masam pedas, gaul dengan cili dan limau boleh terus makan

3. Telan serbuk suplemen tanpa air sebelum bersenam

Trend 'dry scooping' melibatkan amalan menelan serbuk suplemen secara terus sebelum bersenam tanpa dicampur dengan air.

Cara ini boleh menyebabkan risiko tercekik, manakala pengambilan kafein atau bahan perangsang dalam jumlah tinggi boleh meningkatkan degupan jantung dan mengganggu penghadaman.

Sebaiknya, ambil suplemen mengikut arahan penggunaan dan bukan sekadar mengikut trend media sosial.

Minum air secara berlebihan boleh menyebabkan hiponatremia.

4. Tak boleh makan selepas 7 malam

Ada 'trend' mendakwa makan selepas pukul 7 malam boleh menyebabkan berat badan naik kerana sistem penghadaman berhenti berfungsi.

Sistem penghadaman sebenarnya terus berfungsi sepanjang masa dan tidak terhenti pada waktu tertentu.

Sebaliknya, makan terlalu dekat dengan waktu tidur boleh mencetuskan asid refluks, jadi tidak semestinya semua orang perlu berhenti makan selepas pukul 7 malam.

5. Wajib minum hampir empat liter air sehari

'Trend' minum satu gelen air atau kira-kira 3.8 liter sehari semakin popular, namun keperluan air setiap individu berbeza mengikut saiz tubuh, aktiviti dan keadaan kesihatan.

Pakar pemakanan menyarankan supaya warna air kencing dijadikan panduan. 

Warna kuning pucat biasanya menandakan tubuh cukup air, manakala warna lebih gelap menunjukkan seseorang itu kekurangan air.

Minum air secara berlebihan boleh menyebabkan hiponatremia, iaitu keadaan apabila paras natrium dalam darah menjadi terlalu rendah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

5 pilihan buah kaya nutrien, baik dimakan masa musim jerebu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Jus delima bantu turunkan kolesterol jahat, pakar saran minum waktu pagi

Terhangat