Viral snek kiub ais masam pedas, gaul dengan cili dan limau boleh terus makan
SEKARANG ni macam-macam trend makanan muncul di media sosial.
Ada yang nampak biasa, tetapi cara menikmatinya pula luar biasa!
Terbaharu, tular trend menikmati kiub ais sebagai snek dengan campuran bahan pedas dan masam.
Menerusi satu perkongsian video, pempengaruh masakan dari India dikenali sebagai Whats_Ismat_Cooking mencuba trend berkenaan dengan menyaluti kiub ais menggunakan serbuk lada, empingan cili dan perahan jus limau.
Dalam kapsyen video, wanita berkenaan turut memberitahu bahawa dia perlu mencuba sendiri trend snek ringkas dari China itu.

"I'm giving this a 10/10 experience and leaving the actual rating up to you," tulisnya.
Menerusi video tersebut, dia dilihat memasukkan beberapa ketul ais ke dalam sebuah mangkuk sebelum menambah empingan cili, serbuk lada dan serbuk perasa.
Tidak cukup dengan itu, perahan jus limau turut dituang ke dalam mangkuk sebelum kesemua bahan digaul sehingga sebati.
MENARIK DIBACA: Serik kejadian lalu, wanita kini lebih tenang selepas letak label pada tong gas
MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk
Campuran tersebut kemudiannya terus dimakan begitu sahaja menggunakan sudu, tanpa menambah sebarang bahan lain.
Menariknya, ekspresi wajah pempengaruh berkenaan ketika makan snek itu tidak menunjukkan rasa kurang senang, malah dilihat sangat menikmati gabungan rasa pedas, masam dan sejuk.

Trend berkenaan turut mencuri perhatian pengguna media sosial yang mungkin sebelum ini tidak pernah terfikir untuk menjadikan ais sebagai snek.
Walaupun penyediaannya cukup ringkas, gabungan ais sejuk dengan bahan pedas dan jus limau memberikan pengalaman rasa berbeza daripada snek biasa.
Dalam dunia media sosial, pelbagai gabungan makanan pelik dan luar biasa sememangnya mudah menjadi perhatian apabila orang ramai mula mencubanya dan berkongsi pengalaman masing-masing.