info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Jeli teh campur kurma merah snek enak galakkan penghasilan susu badan

Lead Image

SEBAGAI ibu yang baru melahirkan bayi, pelbagai cara dilakukan untuk memastikan keperluan anak sentiasa mencukupi termasuklah mencari makanan dan minuman terbaik bagi membantu penghasilan susu ibu.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Haziqah Fatihah, berkongsi idea menghasilkan jeli teh berasaskan kurma merah, goji beri dan beberapa bahan lain sebagai pilihan mudah untuk dinikmati.

Menurutnya, resipi tersebut dihasilkan sendiri dan lebih praktikal kerana boleh disediakan sekali gus tanpa perlu berulang kali memasak.

“Milkbooster menjadi. Resipi saya sendiri. Cara ini pun mudah untuk dimakan, tak perlu ulang masak berkali-kali,” kongsinya.

Resipi ini boleh menjadi salah satu idea snek untuk ibu sedang menyusukan bayi, terutama bagi mereka yang gemarkan makanan dalam bentuk jeli.

Jeli teh kurma merah, goji beri dan buah-buahan kering ini dikongsi sebagai pilihan mudah untuk ibu menyusu.

Bahan-bahan

  • 15 biji kurma merah
  • 1 genggam goji beri
  • 2 sudu besar longan kering
  • 2 sudu besar kismis
  • 1.2 liter air
  • Sedikit gula batu
  • 5 paket agar-agar
  • 1 liter air teh

MENARIK DIBACA: Mi goreng mamak letak 'peanut butter', dari rasa biasa terus sedap ke 'next level'

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

Langkah penyediaan

  1. Masukkan kurma merah, goji beri, longan kering, kismis dan gula batu ke dalam 1.2 liter air.
  2. Masak sehingga bahan-bahan tersebut mengeluarkan rasa dan air menjadi lebih beraroma.
  3. Tapis campuran tersebut dan asingkan bahan-bahan berkenaan. Tinggalkan kurma merah dan longan kering jika mahu dimasukkan bersama jeli.
  4. Masukkan agar-agar ke dalam air teh dan masak sehingga larut.
  5. Campurkan air rebusan buah dengan bancuhan agar-agar dan kacau sebati.
  6. Tuangkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga jeli mengeras.
  7. Nikmati ketika sejuk untuk rasa yang lebih menyegarkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Viral snek kiub ais masam pedas, gaul dengan cili dan limau boleh terus makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

'Homemade' daging burger, rasa setanding dijual di kedai! Paling penting 'sihat', jimat wang

Terhangat