info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

'Homemade' daging burger, rasa setanding dijual di kedai! Paling penting 'sihat', jimat wang

Lead Image

BURGER yang pada asalnya dimakan oleh orang Barat kini sudah menjadi antara makanan yang digemari masyarakat Malaysia.

Jika kerap membelinya di luar khususnya di restoran makanan segera, tak mustahil poket kering sebelum hujung bulan.

Sebenarnya, anda boleh menyediakan sendiri daging burger di rumah. 

Bukan sahaja lebih menjimatkan, jika dibuat menggunakan resipi yang betul rasanya juga boleh setanding dengan daging burger yang dibeli di luar. 

Malah, anda boleh menyediakan sendiri bahan-bahannya mengikut cita rasa tanpa perlu bergantung kepada bahan pengawet.

Kepingan daging yang dimasak hingga keperangan pasti menyelerakan.

Menerusi satu perkongsian Threads oleh seorang wanita teruja dan bersyukur selepas mencuba resipi daging burger yang diperolehi daripada warga maya. 

Menurutnya selain menjimatkan wang, kualiti dan rasa kepingan daging buatan sendiri jauh lebih memuaskan berbanding yang dibeli.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan yang mudah untuk anda cuba sendiri di rumah!

Bahan-bahan

  • 500g daging kisar
  • 2 biji telur
  • Roti burger
  • 1 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • ½ sudu kecil perasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar serbuk roti

MENARIK DIBACA: Mi goreng mamak letak 'peanut butter', dari rasa biasa terus sedap ke 'next level'

MENARIK DIBACA: Cara buat sos lada hitam 'terangkat', gula Melaka rahsia 'kaw'!

Cara penyediaan

  1. Masukkan daging kisar, telur, bahan tumis, bahan perasa serta bahan tambahan (sos tiram dan serbuk roti) ke dalam satu bekas yang besar.
  2. Gaul dan uli kesemua bahan tadi menggunakan tangan sehingga mesra dan betul-betul sebati.
  3. Ambil sebahagian adunan daging dan bentukkan menjadi bulat leper mengikut saiz atau ketebalan yang anda inginkan.
  4. Panaskan kuali bersama sedikit minyak. Panggang kepingan daging burger di atas kuali sehingga masak dan bertukar warna keperangan di kedua-dua belah bahagian.
  5. Dah pun siap! Ambil kepingan daging dan selitkan antara roti burger bersama hiasan sayur, keju atau sos kegemaran. Selamat mencuba!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Jeli teh campur kurma merah snek enak galakkan penghasilan susu badan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Harga 'peanut butter' makin mahal, wanita ajar cara buat sendiri - "Lagi sedap daripada beli"

Terhangat