info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Harga 'peanut butter' makin mahal, wanita ajar cara buat sendiri - "Lagi sedap daripada beli"

Lead Image

MAKANAN yang dimasak atau disediakan sendiri bukan sahaja mampu menjimatkan wang, sebaliknya boleh dihasilkan mengikut cita rasa sendiri.

Begitu juga dengan mentega kacang (peanut butter) yang sering menjadi pilihan untuk sarapan, sama ada disapu pada roti atau dimakan bersama buah-buahan.

Seorang wanita, Ayu Amira berkongsi resipi ringkas untuk menghasilkan mentega kacang sendiri.

Menurutnya, dia memilih untuk membuatnya sendiri selepas mendapati jenama yang biasa dibeli semakin mahal harganya.

"Saya buat mentega kacang sendiri memandangkan jenama selalu dibeli naik harga. Saya buat 1kg kacang dapat banyak botol. 

"Sangat jimat. Paling penting, buat sendiri lagi sedap daripada beli dan boleh sukat mengikut tekstur dikehendaki. Resipi ini juga tidak menggunakan gula jadi sesuai untuk yang diet," kongsinya.

Hasilkan mentega kacang mengikut tekstur kegemaran dengan mudah.

Bahan-bahan

  • 1 cawan kacang tanah
  • 2 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil minyak biji anggur
  • 1 cubit garam

MENARIK DIBACA: Berpuluh kali cuba baru jadi! Wanita kongsi tip buat kulit risol sempurna, anti koyak

MENARIK DIBACA: Kulit buah naga rahsia cantikkan kulit muka, wanita kongsi petua 'aunty Cina'

Langkah penyediaan

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar makanan. Pastikan semua bahan yang digunakan tidak bercampur dengan air.
  2. Kisar selama kira-kira tiga minit untuk mendapatkan tekstur mentega kacang lebih halus.
  3. Jika mahukan tekstur kasar, kisar mengikut tahap diingini.
  4. Setelah siap, masukkan mentega kacang ke dalam balang atau bekas kedap udara untuk disimpan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

'Homemade' daging burger, rasa setanding dijual di kedai! Paling penting 'sihat', jimat wang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Tteokbokki 'homemade' ala Korea mudah je nak buat, dah tak payah beli!

Terhangat