info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Minuman

Cara buat jus retinol guna 5 bahan, bantu serikan kulit wajah

Lead Image

JIKA sebelum ini ramai mengenali retinol sebagai bahan popular dalam produk penjagaan kulit, kini muncul pula trend ‘retinol juice’.

Menariknya, minuman ini bukan mengandungi serum muka sebaliknya campuran jus buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi yang kaya dengan beta-karotena serta vitamin. 

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Aliah Nadhirah tidak lokek berkongsi resipi jus retinol yang dihasilkannya sendiri di rumah.

Mengenai hasil dan keberkesanan, dia mendakwa kulit wajahnya semakin 'glowing' dan berseri selepas mengamalkan pengambilan jus retinol setiap hari.

Bagi anda yang ingin mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, jom buat sendiri jus retinol menggunakan resipi berikut:

Minuman retinol kaya dengan vitamin untuk kesihatan kulit.

Bahan-bahan

  • 2 batang lobak merah
  • 2 biji epal merah
  • 3 biji oren
  • 2 biji lemon
  • 1 inci halia

Langkah penyediaan

  1. Basuh dan potong semua bahan menjadi potongan kecil.
  2. Buang kulit buah oren, lemon dan halia.
  3. Masukkan bahan ke dalam pengisar jus.
  4. Tuang jus ke dalam botol kecil dan simpan dalam peti sejuk.
  5. Siap dan sedia untuk diminum.

MENARIK DIBACA: [V] Sah jus tembikai ini tak campur air! Peniaga terkejut gerai diserbu, isteri awalnya was-was idea 'piyor'

MENARIK DIBACA: Gabungan jus buah-buahan ini rahsia kulit 'glowing', campuran nanas dan betik paling sedap

Cadangan Kuali:

  • Minum sekitar 50 hingga 150 milimeter (ml) setiap hari.
  • Sebaiknya diambil pada waktu pagi ketika perut kosong atau 30 minit sebelum sarapan pagi.
  • Bagi penderita gastrik dan GERD, digalakkan untuk kurangkan kuantiti lemon atau halia dan minum selepas makan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Air krisantemum pandan lemon buat guna teknik 'cold brew' cukup menyegarkan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Mudah je buat 'strawberry Brazilian lemonade', minum masa cuaca panas terus segar tekak

Terhangat