info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Minuman

Air krisantemum pandan lemon buat guna teknik 'cold brew' cukup menyegarkan!

Lead Image

PERNAH tak anda rasa teringin nak minum minuman menyegarkan tapi dibuat menggunakan teknik bru sejuk (cold brew) yang mana kaedah ini biasanya digunakan untuk membuat kopi.

Jika ya, apa kata anda cuba buat air krisantemum pandan lemon yang bukan sahaja mudah disediakan malah mempunyai aroma harum dan rasa segar.

Resipi yang dikongsikan oleh pempengaruh TikTok, Georgen menggunakan teknik 'cold brew' ini cukup mudah disediakan.

Antara bahan yang digunakan untuk minuman ini.

Gabungan daun pandan, bunga kekwa, lemon dan madu menghasilkan minuman yang wangi, sedikit masam dan mempunyai rasa manis yang ringan.

Menariknya, minuman ini tidak mengandungi kafein menjadikannya pilihan sesuai untuk mereka yang mahu menikmati minuman beraroma tanpa kopi atau teh berkafein.

Rahsianya juga terletak pada teknik 'cold brew' iaitu semua bahan direndam menggunakan air suhu bilik dan dibiarkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Bagi yang nak cuba membuatnya di rumah, jom Kuali kongsikan resipinya.

MENARIK DIBACA: Viral di Mexico, minuman probiotik tepache makin popular... Ramai buat sendiri sebab mudah!

MENARIK DIBACA: Wanita kongsi cara buat probiotik semula jadi guna kubis ungu, tak perlu bazir duit beli mahal-mahal

Bahan-bahan

  •  4–5 helai daun pandan
  •  1 biji lemon
  •  2 sudu besar madu
  •  3 sudu besar bunga kekwa kering (krisantemum)
  •  2 liter air

Cara penyediaan

  • Basuh daun pandan dan ketuk sedikit supaya aromanya lebih mudah keluar.
  • Potong lemon kepada beberapa bahagian dan campurkan bersama madu. 
  • Ketuk perlahan supaya jus lemon keluar.
  • Masukkan daun pandan, lemon, madu dan bunga kekwa kering ke dalam balang besar.
  • Tuangkan 2 liter air suhu bilik dan kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.
  • Tutup balang dan simpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya enam jam.
  • Tapis minuman sebelum dihidangkan.
  • Tambahkan ais dan nikmati ketika sejuk.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Nak buat teh ais 'kaw' berlemak kena campur 2 jenis serbuk, barulah padu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Cara buat jus retinol guna 5 bahan, bantu serikan kulit wajah

Terhangat