info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Wanita kongsi cara buat probiotik semula jadi guna kubis ungu, tak perlu bazir duit beli mahal-mahal

Lead Image

MASALAH penghadaman biasanya berpunca daripada gaya pemakanan tak seimbang, kurang serat dan kerap makan makanan diproses.

Walau dah makan ubat, kadang-kadang masalah itu tetap berulang lebih-lebih lagi jika tabiat pemakanan masih tak dijaga.

Dalam masa sama, ramai juga sanggup berbelanja besar membeli suplemen probiotik demi menjaga kesihatan usus.

Menurut perkongsian @cey_meyra di laman Threads, sebenarnya tak perlu pun beli probiotik mahal-mahal kerana ia boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan dua bahan sahaja.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

Katanya, hanya kubis ungu dan garam diperlukan sebelum dua bahan ini diperam selama beberapa hari untuk menghasilkan probiotik semula jadi yang baik untuk usus.

“Tak perlu beli probiotik yang mahal teman-teman, buat saja cuma guna dua bahan kol (kubis ungu) dan garam. Fermentasi selama tiga hingga tujuh hari,” katanya.

Menurutnya, proses penyediaan juga sangat mudah kerana kubis hanya perlu dipotong halus sebelum digaul bersama garam.

MENARIK DIBACA: Tak payah beli produk mahal-mahal, amal makan kimchi bantu jaga kesihatan Miss V

MENARIK DIBACA: Cuci kuali guna asam keping, bersih berkilat tanpa bahan kimia

Selepas itu, ramas kubis sehingga mengeluarkan air sendiri sebelum dimasukkan ke dalam bekas bersih dan ditutup rapat untuk proses fermentasi.

Untuk maklumat, kubis ungu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat kesihatan kerana kaya dengan serat, vitamin C dan antioksidan.

Apabila melalui proses fermentasi, makanan itu turut menghasilkan bakteria baik yang membantu menyeimbangkan mikrobiom usus sekali gus menyokong sistem penghadaman.

Selain membantu melancarkan sistem pencernaan, makanan fermentasi juga dipercayai boleh membantu meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan masalah perut tidak selesa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Dapat 'kembar' lepas makan keledek! Ramai wanita TTC dakwa berjaya hamil amal diet sama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Wanita mengaku berjaya kurus lepas ikut cara Dr Sheikh Muszaphar, tip 'peanut butter'-epal hijau kembali viral

Terhangat