Dapat 'kembar' lepas makan keledek! Ramai wanita TTC dakwa berjaya hamil lepas amal diet sama
PELBAGAI usaha dilakukan wanita yang sedang berusaha untuk hamil (TTC) lebih-lebih lagi dari aspek pemakanan harian.
Ada yang mengamalkan susu, suplemen dan makanan sihat tertentu namun siapa sangka ubi keledek pula dikatakan antara makanan dipercayai membantu meningkatkan kesuburan.
Perkara itu menjadi bualan ramai selepas seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman mengenai hamil kembar selepas kerap makan ubi keledek ketika mengamalkan diet.
"Direct sebulan makan ubi ni tahu-tahu pregnant twins, dah la favourite," kongsinya ringkas.

Perkongsian itu membuatkan sebahagian wanita mula menyedari bahawa mereka turut hamil selepas mengamalkan menu berasaskan ubi, malah dikurniakan anak kembar tanpa disangka-sangka.
Malah, ada yang menyifatkan ubi keledek kini seperti ‘menu wajib TTC’ kerana selain mengenyangkan, ia juga sering dikaitkan dengan kesihatan hormon dan kitaran haid lebih teratur.
"Dulu setiap minggu keluar akan makan ubi bakar kat dalam mall tu. Biasa ada kat Aeon. Haa amik twin terus Dia kasi. Sekarang takut pula nak makannya.
MENARIK DIBACA: "Jaga makan waktu haid" - Wanita TTC dedah kiwi bantu suburkan telur, akhirnya ‘lekat’!
MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala
"Sama saya dulu, konon nak diet makan telur, salad, ubi rebus. Badan turun tahu-tahu 'pregnant' lepas lapan tahun si abangnya. Eh bila scan rupanya twin. Alhamdulillah sekarang 'twincess' dah 7 bulan.
"Rasa betul la kot, sebelum pregnant memang selalu bawa bekal ubi keledek ni makan dengan sambal kicap, telur, carrot, broccoli rebus, makan dengan mayonis konon nak diet makanan sihat nak diet sekali bila rezeki 'pregnant' Alhamdulillah dapat twin," antara perkongsian netizen.
Seorang lagi netizen berkata ubi kayu mengandungi enzim phytoestrogen yang dipercayai boleh memberi 'signal' kepada ovari untuk melepaskan lebih banyak telur ketika waktu subur.
"Probability untuk dapat twins sangat tinggi," katanya.
Malah ada juga netizen yang percaya kaitan ubi keledek dengan kehamilan kembar bukan sekadar kebetulan kerana terdapat kajian mengenai kadar kelahiran kembar dalam kalangan masyarakat tertentu di Afrika yang menjadikan keledek manis sebagai makanan ruji.
Selain itu, wanita dengan masalah PCOS turut mendakwa pengambilan ubi membantu menstabilkan kitaran haid dan menurunkan berat badan sebelum berjaya hamil.

"Tak dapat twins pun tak apa, yang penting period jadi regular," komen netizen lagi.
Dalam perkongsian sama, netizen turut berkongsi cara menyediakan ubi keledek menggunakan air fryer supaya hasilnya lebih lembut dan manis seperti dijual di gerai.
"Ubi perlu direndam dalam air panas selama 10 minit sebelum dibalut longgar menggunakan 'parchment paper' dan dibakar pada suhu 220 darjah Celsius selama 40 minit," kata individu itu.