info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Tubuh lemau, banyak angin? Cuba buat air rebusan halia dan serai, badan rasa kembali ringan

Lead Image

MASALAH badan letih, lesu dan kerap 'angin' sememangnya biasa dialami ramai individu, lebih-lebih lagi selepas penat bekerja atau kurang menjaga pemakanan.

Menariknya, ramai kini memilih untuk mengamalkan petua lama bagi mengurangkan masalah tersebut dengan menggunakan bahan semula jadi.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang wanita mendedahkan dia sering menyediakan air rebusan khas setiap kali badan terasa lemau serta mengalami masalah angin.

Menurutnya, minuman tersebut lebih sedap diminum ketika masih suam dan dikatakan membantu memberi kelegaan pada badan.

Air rebusan halia dan batang serai bersama beberapa bahan lain dapat membantu membuang angin badan.

"Kalau rasa badan letih lemau sikit, asyik berangin je, saya mesti buat air rebusan ni.

"Minum waktu suam-suam, terus rasa ‘best’ badan. Angin pun banyak keluar," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

MENARIK DIBACA: 'Port' makan di Indonesia jadi bualan! Ramai rela bayar mahal, tolak 'street food' - "Cirit, muntah baru kau tahu langit tinggi rendah"

Tambahnya lagi, bahan yang digunakan juga sangat ringkas dan kebanyakannya memang tersedia di dapur rumah.

Cara penyediaannya pula amat mudah, hanya dengan merebus kesemua bahan sehingga mendidih sebelum diminum ketika suam.

Antara bahan diperlukan ialah:

  • 2 inci halia (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu kecil biji halba
  • Daun pandan
  • 2 cawan air

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

'Picky eater' bukan salah anak, ahli terapi dedah 5 kesilapan ibu bapa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Dapat 'kembar' lepas makan keledek! Ramai wanita TTC dakwa berjaya hamil amal diet sama

Terhangat