info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

'Picky eater' bukan salah anak, ahli terapi dedah 5 kesilapan ibu bapa

Lead Image

KEBANYAKAN ibu bapa zaman sekarang berdepan masalah apabila anak-anak terlalu cerewet dalam pemakanan dan bersikap memilih makanan (picky eater).

Menurut perkongsian @hanifshahabudin yang juga ahli terapi kanak-kanak, masalah sedemikian sebenarnya banyak berpunca daripada pendekatan ibu bapa sendiri yang disifatkan sebagai kurang sesuai.

Anak saya makan nasi kicap je dah dua bulan. Begitulah setiap minggu saya terima kes macam ni dalam klinik.

“Sebagai terapis, saya nampak corak yang sama berulang. Picky eater bukan masalah anak. Masalahnya pendekatan kita,” tulisnya.

Justeru Hanif berkongsi lima strategi yang boleh digunakan ibu bapa untuk mengubah tabiat memilih makanan dalam kalangan anak-anak.

 Hanif berkongsi lima strategi untuk membantu meningkatkan selera makan anak.

1. Berhenti paksa anak

Bila anak dipaksa makan, mereka mudah rasa tertekan dan takut dengan makanan. Lama-kelamaan, otak si kecil akan anggap waktu makan sebagai sesuatu yang tidak menyeronokkan.

Cuba letak makanan di depan mereka dan beri ruang untuk anak belajar sendiri apabila mereka rasa selamat dan tenang.

2. Jadi contoh, bukan asyik menyuruh

Anak lebih mudah ikut apa yang mereka nampak berbanding apa yang kita cakap. Kalau ibu bapa sendiri makan sayur atau makanan sihat dengan gembira, anak akan lebih cenderung untuk meniru.

Daripada asyik suruh makan sayur, tunjukkan contoh depan mereka setiap hari.

MENARIK DIBACA: Anak makan separuh coklat kawan, terkejut ibunya hantar mesej suruh bayar RM9

MENARIK DIBACA: Masih tak terlambat nak belajar makan sihat... Ini senarai sayur 'mesra tekak' untuk 'beginner'

3. Teknik 'food chaining'

Perkenalkan makanan baharu secara perlahan-lahan bersama makanan yang anak sudah biasa makan. Contohnya letak sedikit brokoli di sebelah nasi dan ayam kegemaran mereka.

Cara ini membantu anak rasa lebih selesa untuk cuba makanan baharu tanpa rasa terkejut atau dipaksa.

Elakkan memaksa anak untuk makan.

4. Beri anak peluang

Anak yang rasa mereka ada pilihan biasanya kurang memberontak ketika makan. Cuba beri pilihan mudah seperti 'nak lobak atau brokoli?' supaya mereka rasa lebih yakin dan seronok.

Teknik ini juga dapat kurangkan 'drama' waktu makan.

5. Konsisten, jangan cepat putus asa

Ramai ibu bapa berhenti beri makanan baharu selepas anak menolak sekali dua. Hakikatnya, anak perlukan banyak kali pendedahan sebelum boleh menerima sesuatu makanan.

Dengan konsisten dan sabar, anak yang dahulunya 'picky eater' juga boleh belajar makan dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Daging korban perlu ‘rehat’ 7 jam sebelum dimasak, Ustaz Syamsul Debat beri penjelasan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Tubuh lemau, banyak angin? Cuba buat air rebusan halia dan serai, badan rasa kembali ringan

Terhangat