Nak buat teh ais 'kaw' berlemak kena campur 2 jenis serbuk, barulah padu
TEH ais sememangnya menjadi minuman kegemaran masyarakat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas.
Rasa teh yang pekat, digabungkan dengan susu yang lemak manis, memang cukup menyegarkan apabila diminum bersama ais.
Untuk mendapatkan rasa teh ais yang 'kaw' seperti di kedai mamak, sukatan teh dan susu memainkan peranan penting.
Menerusi satu hantaran pengguna Threads @misshafikah, dia berkongsi resipi teh ais menggunakan gabungan dua jenis serbuk teh bagi menghasilkan minuman yang lebih pekat dan harum.

Bahan-bahan
- 1 liter air
- 5 sudu besar serbuk teh BOH
- 2 sudu besar serbuk teh Cap Istana
- 6 sudu besar susu pekat manis (mengikut tahap kemanisan yang disukai)
- 1/2 tin susu cair
- Ais secukupnya
MENARIK DIBACA: Maryam You Narae ajar petua Korea... Campuran buah pear, lobak putih bantu cairkan kahak bayi
MENARIK DIBACA: Anak-anak payah telan ubat? Buah pir kukus petua redakan batuk dan sakit tekak
Cara penyediaan
- Didihkan 1 liter air di dalam periuk.
- Masukkan serbuk teh BOH dan serbuk teh Cap Istana. Biarkan mereneh selama kira-kira 10 minit supaya teh mengeluarkan warna dan rasanya.
- Tapis air teh ke dalam jag untuk mengasingkan hampas teh.
- Masukkan susu pekat manis dan susu cair. Kacau sehingga sebati.
- Isi ais dalam gelas, kemudian tuangkan bancuhan teh tadi.
- Teh ais 'kaw' pekat berlemak sedia untuk dinikmati!