Sedapnya nasi dengan bendi rebus belacan, sekali cuba teringat selamanya!
LAUK paling ringkas adakalanya boleh menjadi sajian paling sedap dan menyelerakan kerana rasanya cukup unik serta istimewa.
Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman menikmati bendi rebus dimasak oleh sepupunya yang tinggal di Kedah sehingga berasa terpanggil untuk mengetahui cara penyediaannya.
Menurut perkongsian itu, bendi rebus berkenaan mempunyai rasa cukup istimewa kerana menggunakan belacan, bawang merah dan sedikit garam.
"Waktu balik kampung di Kedah raya tempoh hari, kakak sepupu masak bendi rebus. Bila makan rasa macam, eh ada belacan.
"Sedap. First time makan bendi rebus dengan belacan. Siap tanya kakak sepupu tu macam mana masak. Simple tapi sedap," kongsinya ringkas.
Bagi yang ingin mencuba hidangan kampung ini, berikut adalah resipi ringkas dan sesuai dijadikan hidangan sampingan ketika makan tengah hari atau makan malam.

Bahan-bahan:
- 200 gram bendi
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 1/2 sudu teh belacan, atau mengikut cita rasa
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
MENARIK DIBACA: Rahsia kuah sambal sotong enak, tektur sempurna... Kena pandai kawal api, tempoh memasak jangan lama!
MENARIK DIBACA: Tak sampai 5 minit masak singgang sotong, campak-campak jadi!
Langkah penyediaan:
- Basuh bendi sehingga bersih dan potong bahagian hujungnya jika perlu. Bendi juga boleh dibiarkan sebiji supaya tidak terlalu berlendir ketika direbus.
- Masukkan air, hirisan bawang merah dan belacan ke dalam periuk.
- Tambah sedikit garam, kemudian kacau sehingga belacan larut dalam air.
- Masukkan bendi dan rebus semua bahan sehingga air mendidih.
- Setelah mendidih, tutup api dan pastikan bendi sudah mencapai tahap kelembutan yang disukai.
- Angkat dan hidangkan bendi rebus belacan ketika masih panas bersama nasi putih serta lauk pilihan.
