info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Rahsia kuah sambal sotong enak, tektur sempurna... Kena pandai kawal api, tempoh memasak jangan lama!

Lead Image

MAK-mak yang biasa masak hidangan sotong, pasti mereka sering lakukan teknik ‘matikan air’.

Teknik ini dikatakan dapat mengelakkan sotong daripada menjadi liat, kecut atau berair ketika dimasak sehingga boleh menjejaskan teksturnya.

Bagi yang tak tahu, teknik ini cukup mudah, hanya perlu masukkan sotong dalam kuali panas tanpa minyak sehingga airnya keluar.

Petua tersebut boleh menaikkan rasa sambal tumis.

Bagaimanapun menurut perkongsian pengguna Threads, @nadianyn, dia tidak menggunakan kaedah membuang air sotong apabila memasak sambal tumis kerana percaya hidangan itu akan menjadi lebih sedap dan ‘manis’ secara semula jadi tanpa teknik itu.

“Siapa kat sini masak sotong tak guna kaedah buang air sotong? Saya!” katanya.

Menurutnya, dua rahsia utama untuk mendapatkan sambal tumis sotong yang sedap adalah memasak sambalnya terlebih dahulu dan pandai mengawal api.

MENARIK DIBACA:Mufti perjelas hukum makan daging 'rare', 'medium rare' masih nampak darah

MENARIK DIBACA:Daun kari mampu tahan seumur hidup? Restoran kongsi teknik penyimpanan... Kekal harum, rangup sentiasa

Berikut antara petua yang dikongsikan:

1. Sebelum masukkan sotong, sambal perlu dimasak sehingga pecah minyak dan cukup rasa terlebih dahulu.

2. Selepas sambal masak, masukkan sotong. Sotong tak perlu masak lama, hanya sekitar tiga hingga lima minit sahaja.

3. Sepanjang proses memasak sotong, api dapur perlu besar.

4. Teknik ini membantu sotong cepat masak tanpa sempat mengeras, sambal pula rasa manis semula jadi daripada air sotong.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Sedap tapi renyah nak cuci! Ini cara bersihkan perut lembu agar bersih, tak hanyir

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Tip masak Aglio Olio sedap 10 kali ganda bermula masa kuali sejuk, teknik tumis bawang kena betul!

Terhangat