Daun kari mampu tahan seumur hidup? Restoran kongsi teknik penyimpanan... Kekal harum, rangup sentiasa
RAMAI sebenarnya tersilap langkah apabila hanya menyimpan daun kari di dalam peti sejuk tanpa sebarang tip tambahan, menyebabkan ia cepat rosak dan hilang aroma.
Perkongsian menarik daripada akaun TikTok sebuah restoran masakan kampung di Selayang, Kak Mayam Kampong’s membongkar rahsia penyimpanan daun kari agar tahan lebih lama malah kekal rangup seperti baru dipetik.
Menurut perkongsiannya, cara mudah penyimpanan ialah dengan menggoreng daun kari terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada bahan memasak itu mudah layu, cepat kering dan akhirnya terbuang begitu sahaja.

"Rahsia daun kari tahan seumur hidup. Tipnya adalah daun kari tu korang kena basuh, bilas dan goreng dalam minyak yang panas.
MENARIK DIBACA: Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'
MENARIK DIBACA: Kreativiti Sheila Rusly 'angkat' menu biasa ke tahap luar biasa dipuji - "Masak mi segera pun terliur"
"Kalau korang goreng dalam minyak yang tak panas, daun kari akan rasa tak sedap dan tak rangup," kongsinya.
Menerusi video seterusnya, Kak Mayam berkongsi pula cara penyimpanan daun kari yang telah digoreng, iaitu dengan memasukkannya ke dalam bekas kedap udara dengan pilihan meletakkannya dalam peti sejuk atau pada suhu bilik.

Teknik itu bukan sahaja membantu mengekalkan rasa asli daun kari, malah menjadikannya tahan lebih lama untuk digunakan dalam pelbagai hidangan seperti kari, sambal atau masakan tumis lain.
"Nak bekukan pun boleh tapi sebaik-baiknya buat cara Kak Mayam ajar ni, insyaAllah lagi cantik dan terjamin kualitinya untuk jangka masa lama," katanya, menjawab soalan netizen.
Perkongsian itu ternyata memberi manfaat kepada orang ramai terutama individu yang gemar memasak dan mahu memastikan stok daun kari sentiasa berada dalam keadaan terbaik tanpa berlaku pembaziran.