info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Sedap tapi renyah nak cuci! Ini cara bersihkan perut lembu agar bersih, tak hanyir

Lead Image

SELAIN daging dan tulang, perut lembu juga antara bahagian yang akan menjadi 'rebutan' terutama buat penggemarnya ketika sambutan Aidiladha.

Teksturnya yang kenyal, perut lembu boleh disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat antaranya sup perut, gulai lemak cili api perut, kerabu perut, asam pedas perut dan perut air asam.

Bagaimanapun tidak ramai yang sanggup membawa pulang perut lembu korban kerana perlu mencuci sendiri organ tersebut di rumah dan memerlukan banyak kesabaran, selain makan masa agak panjang.

Perut masak lemak cili api dan perut air asam menjadi antara menu perut lembu popular.

Berbanding perut lembu yang dijual di pasar, perut lembu segar korban perlu melalui beberapa proses pembersihan untuk menghilangkan kotoran serta bau yang kurang menyenangkan.

Sempena sambutan Aidiladha, Kuali kongsikan cara mencuci perut lembu dengan betul untuk menghilangkan kotoran serta bau hanyir.

1. Buang kotoran awal

Pertama sekali, bilas perut lembu dengan air paip yang mengalir untuk membuang sisa kotoran (najis) haiwan tersebut sehingga benar-benar bersih.

2. Rendam air kapur

Selepas dicuci bersih, rendam perut dalam air bancuhan kapur makan selama 30 minit hingga satu jam untuk memudahkan lapisan hitam pada kulit perut tertanggal.

MENARIK DIBACA: Ayam goreng, telur rebus 'bergabung' dalam periuk! Lauk acar ini diakui enak, istimewa

MENARIK DIBACA: Orang Itali sangat benci dengan piza 'topping' nanas, ini 3 sebabnya!

3. Kikis

Dengan menggunakan pisau, kikis bahagian yang kotor sehingga bersih dan putih.

Perut lembu perlu direbus ke dalam air mendidih sebelum kulit berwarna hitamnya dikikis sehingga bersih.

4. Hilangkan bau hanyir

Untuk menghilangkan bau hanyir, ramas perut lembut dengan garam kasar, asam jawa atau limau nipis sehingga benar-benar bersih.

5. Matikan kuman

Akhir sekali, celur atau rebus seketika perut lembu dalam air mendidih yang dicampur sedikit serbuk kunyit dan halia untuk membunuh kuman serta menghilangkan sisa bau hanyir.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Cuci daging tak payah guna limau, tepung… Rempah dah cukup untuk hilangkan hamis

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Rahsia kuah sambal sotong enak, tektur sempurna... Kena pandai kawal api, tempoh memasak jangan lama!

Terhangat