info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Ketahui bahaya manis, bagaimana gula dalam diam 'serang' 8 organ manusia

Lead Image

GULA membekalkan tenaga kepada tubuh, tetapi pengambilan bahan ini secara berlebihan boleh meningkatkan risiko serta pelbagai masalah kesihatan. 

Kesannya bukan sekadar menyebabkan kenaikan berat badan, malah boleh menjejaskan fungsi organ penting jika paras gula dalam darah tidak dikawal dengan baik.

Menurut laporan media, antara organ yang akan terjejas akibat pengambilan gula berlebihan adalah hati. 

Pengambilan gula secara berlebihan, khususnya daripada minuman manis menyumbang kepada pengumpulan lemak di hati dan meningkatkan risiko penyakit hati berlemak berkaitan gangguan metabolik.

Minuman manis antara sumber gula tambahan yang sering diambil tanpa disedari.

Berikut adalah kesan pengambilan gula tambahan secara berlebihan terhadap kesihatan organ: 

1. Paras gula darah tinggi dalam jangka panjang boleh menjejaskan kesihatan otak. 

2. Kajian turut menunjukkan kaitan antara diabetes dan peningkatan risiko kemerosotan kognitif serta demensia. 

3. Gula berlebihan dalam darah boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2, khususnya apabila dikaitkan dengan kenaikan berat badan dan rintangan insulin. 

MENARIK DIBACA: Ketahui jenis pisang tak sesuai buat kek dan 'muffin', silap pilih bantat jadinya

MENARIK DIBACA: Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru

4. Paras gula darah tinggi secara berpanjangan juga boleh merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung. 

5. Pengambilan gula berlebihan boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi, peningkatan paras lemak tertentu dalam darah dan obesiti juga antara faktor risiko penyakit kardiovaskular.

Penambilan gula berlebihan dikaitkan dengan punca kemerosotan kognitif.

6. Dari aspek kesihatan sendi, pengambilan gula berlebihan menyumbang kepada keradangan melalui kaitannya dengan obesiti dan gangguan metabolik. 

7. Kulit juga boleh terjejas apabila gula berlebihan dalam tubuh bertindak balas dengan protein seperti kolagen dan elastin melalui proses dikenali sebagai glikasi. 

8. Buah pinggang antara organ berisiko mengalami kerosakan akibat paras gula darah tinggi secara berpanjangan. 

Orang ramai disarankan mengawal pengambilan gula, mengamalkan pemakanan seimbang dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengurangkan risiko komplikasi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Kulit cantik, rambut dan kuku sihat dengan air Spritzer? Perkongsian wanita tarik perhatian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Secawan kopi waktu pagi, risiko mati berkaitan jantung 31 peratus lebih rendah - Kajian

Terhangat