Kulit cantik, rambut dan kuku sihat dengan air Spritzer? Perkongsian wanita tarik perhatian
RAMAI sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan kulit, rambut cantik dan kuku yang sihat termasuk mencuba pelbagai produk penjagaan diri.
Bagaimanapun siapa sangka ada individu mengamalkan pengambilan air mineral sebagai alternatif penjagaan kecantikan diri.
Di Threads seorang wanita mencuri perhatian apabila berkongsi mengenai kelebihan air mineral semula jadi jenama Spritzer yang dipercayai mempunyai kandungan silika tinggi.

Menurut wanita itu, pengambilan air berkenaan dikatakan dapat membantu menjaga kecantikan kulit, rambut dan kuku.
“Saya baru tahu nak kulit cantik dan lembap, rambut pun cantik tak gugur, kuku sihat boleh amalkan minum air Spritzer.
“Ada kandungan silika tinggi. Seminggu dua hingga tiga kali pun cukuplah,” kongsinya.
MENARIK DIBACA: Rupanya ada cerita kenapa nanas banyak 'mata', dijual tanpa potong tangkai
MENARIK DIBACA: Nanas banyak khasiat, betul ke jika ibu hamil makan akan keguguran?
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas minum air mineral berkenaan.
"Silica (silikon dioksida) dalam air mineral berasal dari sumber geologi bawah tanah. Larut dalam air dalam bentuk asid silisik, juga salah satu mineral semula jadi dalam air.
"Sekadar berkongsi info, minum paling tidak satu liter sehari selama tiga hingga ke enam bulan. Sesiapa ada masalah buah pinggang tak digalakkan minum air Spritzer kerana kandungan mineral. Ini info dari staf Spritzer sendiri.
"Saya pun suka air ni! Ada silica.

"Arwah abah tak boleh minum air Coway ke apa. Cuma boleh minum air direbus ataupun air mineral. Untuk botol minum Spritzer sebab jenama lain asyik batuk. Lepas minum Spritzer kurang batuk apa semua," antara komen netizen.
Silika sememangnya dikaji kerana potensi peranannya dalam kesihatan tisu penghubung, tetapi kesan pengambilan air mineral terhadap kecantikan kulit dan rambut belum dapat dipastikan sepenuhnya.
Air mineral boleh menjadi sebahagian daripada amalan hidrasi harian, tetapi pengguna tidak seharusnya menganggapnya sebagai pengganti rawatan atau jaminan untuk mendapatkan kulit, rambut dan kuku yang sihat.
TRIVIA:
Berikut beberapa potensi kelebihan silika untuk kesihatan kulit dan rambut:
- Menyokong keanjalan kulit
- Berpotensi membantu mengurangkan tanda penuaan
- Menyokong struktur tisu kulit
- Membantu mengekalkan kekuatan akar rambut
- Berpotensi membantu rambut kelihatan lebih tebal
