Maryam You Narae ajar petua Korea... Campuran buah pear, lobak putih bantu cairkan kahak bayi
IBU bapa pasti berasa bimbang apabila anak, terutamanya yang masih bayi mengalami batuk dan selesema berpanjangan.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna berkongsi petua yang dikatakan mampu membantu melegakan batuk dan selesema bayi menggunakan dua bahan semula jadi iaitu lobak putih dan buah pir Korea.
Menurutnya, petua itu diperoleh daripada pempengaruh Maryam You Narae dan sesuai dijadikan ikhtiar untuk bayi berusia enam bulan ke atas.

"Musim batuk weh sekarang ni paling kesian baby, bawah setahun paling takut nak bagi ubat. Sesuai untuk baby enam bulan ke atas.
"Memang menjadi guna buah ni je! Tips dari Korea untuk legakan batuk, cairkan kahak," tulisnya.
Untuk info, buah pir mengandungi kira-kira 84 peratus air serta vitamin C dan beberapa sebatian antioksidan yang menyokong fungsi sistem imun.
MENARIK DIBACA: Batuk tak baik-baik, siap gatal tekak... Cuba petua minum air sarsi dengan aiskrim
MENARIK DIBACA: Cendawan susu harimau ikhtiar untuk kanak-kanak batuk, ada masalah paru-paru
Lobak putih pula kaya dengan air, vitamin C dan sebatian tumbuhan seperti glukosinolat yang mempunyai sifat antioksidan.
Walaupun tiada bukti saintifik, pengambilan cecair daripada buah-buahan boleh membantu melembapkan saluran pernafasan, mencairkan kahak dan melegakan iritasi tekak.
Menurut perkongsian itu, minuman berkenaan dikatakan memberi kesan hanya selepas tiga kali diminum.

Cara menyediakan air pir dan lobak putih:
- Rebus buah pir dan lobak putih bersama sedikit air sehingga lembut.
- Tekan isi buah dalam penapis bagi mengeluarkan lebih banyak jus.
- Simpan air yang diperoleh di dalam bekas atau botol bersih, kemudian masukkan ke dalam picagari jika mahu memudahkan pemberian kepada bayi.
- Berikan kepada anak sebanyak tiga kali sehari.