info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Bagaimana ubat kesan sakit dialami manusia? Ketahui 'perjalanan' tablet dalam tubuh lepas ditelan

Lead Image

APABILA badan mula menunjukkan tanda-tanda tidak selesa atau berasa tak sihat, perkara pertama sering dilakukan manusia ialah mencari ubat sesuai. 

Tidak kisahlah untuk mengurangkan sakit kepala, menurunkan suhu demam atau menghapuskan kesakitan akibat kecederaan, ubat menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan harian manusia di seluruh dunia.

Bagaimanapun di sebalik tindakan mudah menelan sebiji ubat dalam bentuk tablet, sebenarnya berlaku satu perjalanan panjang yang melibatkan pelbagai sistem dalam tubuh.

Pernahkah anda terfikir apa yang berlaku selepas ubat masuk ke dalam badan? Bagaimana ia membantu mengurangkan simptom atau kesakitan yang kita alami?

Sebenarnya ubat tidak terus menuju ke bahagian yang bermasalah sebaik sahaja masuk ke dalam badan. 

Sebaliknya, bahan aktif dalam ubat perlu melalui beberapa peringkat sebelum akhirnya mampu memberikan kesan yang diinginkan.

Selepas ditelan, tablet pertama sekali akan melalui proses pemecahan dalam sistem penghadaman. 

Bahan aktif dalam ubat perlu melalui beberapa peringkat sebelum mampu menghasilkan kesan yang diinginkan.

Kandungan aktif yang diperlukan kemudian diserap masuk ke dalam saluran darah untuk dibawa ke seluruh tubuh.

Lebih menarik, aliran darah memainkan peranan penting dalam proses ini kerana ia menjadi laluan utama yang menghubungkan ubat dengan pelbagai bahagian badan. 

Melalui peredaran darah, bahan aktif daripada ubat boleh sampai ke organ dan tisu yang berbeza tetapi bukan semua bahagian badan akan memberikan tindak balas yang sama terhadap sesuatu ubat.

Situasi ini berlaku kerana setiap ubat dicipta dengan sasaran tertentu.

Terdapat ubat yang bertindak pada reseptor (struktur yang menerima rangsangan) dalam sel dengan ada mempengaruhi aktiviti enzim tertentu, manakala ada mengubah proses kimia berlaku dalam badan.

Sebagai contoh, apabila seseorang mengalami kesakitan, tubuh sebenarnya sedang menghantar pelbagai isyarat melalui sistem saraf. 

Dalam keadaan tertentu, ubat tahan sakit membantu mengurangkan tindak balas berkaitan dengan isyarat tersebut menyebabkan rasa sakit menjadi lebih terkawal.

Begitu juga dengan ubat lain seperti antibiotik misalnya yang direka untuk bertindak terhadap bakteria manakala sesetengah ubat lain pula bekerja dengan mengawal hormon, tekanan darah atau tindak balas sistem imun.

Keberkesanan ubat terhasil daripada gabungan sains perubatan dan pemahaman tentang cara tubuh manusia berfungsi.

Keupayaan ubat untuk memberikan kesan tertentu bergantung kepada kesesuaian antara bahan aktif dengan sasaran dalam badan dan ini bermakna keberkesanan sesuatu ubat bukan kerana ia menemui masalah secara automatik tetapi kerana ia berinteraksi dengan mekanisme biologi yang berkaitan.

Walaupun dua individu mengambil ubat sama kesannya tidak semestinya serupa kerana tubuh manusia mempunyai ciri yang berbeza antara satu sama lain.

Cara badan menyerap, memproses dan menyingkirkan ubat boleh dipengaruhi oleh faktor seperti umur, berat badan, keadaan kesihatan, fungsi hati dan buah pinggang serta ubat lain yang sedang diambil.

Justeru, penggunaan ubat perlu mengikut dos dan arahan yang betul serta jumlah yang sesuai bagi membantu memastikan bahan aktif berada pada tahap yang diperlukan untuk memberikan manfaat tanpa meningkatkan risiko kesan sampingan.

MENARIK DIBACA: [V] Hantar makanan sambil menari 'all out', pelayan restoran buat pelanggan terlopong!

MENARIK DIBACA: Ramai serik ambil minuman detoks, usus menipis 'dipaksa' buang air besar - "Percaya sangat berak boleh buang lemak"

Tambahan pula,  apa yang berlaku selepas seseorang mengambil ubat mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi prosesnya melibatkan interaksi yang sangat teratur antara molekul ubat dan sistem badan.

Bermula dari proses penyerapan sehingga tindak balas pada peringkat sel, setiap langkah memainkan peranan dalam menentukan bagaimana sesuatu ubat membantu tubuh.

Jadi, apabila ubat memberikan kelegaan ia bukan kerana tablet tersebut mempunyai keupayaan mencari lokasi sakit tapi sebaliknya ia adalah hasil gabungan antara sains perubatan dan cara tubuh manusia berfungsi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Maryam You Narae ajar petua Korea... Campuran buah pear, lobak putih bantu cairkan kahak bayi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Tak kisah beras jenis apa, makan nasi 3 kali sehari tetap boleh kurus... Ikut saja kaedah ini!

Terhangat