info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Tak kisah beras jenis apa, makan nasi 3 kali sehari tetap boleh kurus... Ikut saja kaedah ini!

Lead Image

BAGI kebanyakan individu yang mahu diet dan mengamalkan gaya hidup sihat, nasi sering 'ditolak' ketika menyusun semula corak pemakanan.

Ada yang mula mengurangkan pengambilan nasi, tidak kurang juga memilih jenis beras tertentu atau menggantikannya dengan pilihan lain dianggap lebih sihat seperti beras perang dan basmati.

Bagaimanapun, pilihan beras lebih baik untuk kesihatan dan diet sering menjadi pertanyaan terutama bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Selain beras perang dan basmati, ramai tertanya-tanya sama ada terdapat pilihan beras lain yang lebih sesuai untuk diamalkan dalam pemakanan harian.

Menjawab persoalan itu, seorang lelaki di Threads dikenali sebagai Aijammm berkongsi maklumat selepas mendapatkan pandangan seorang pakar pemakanan ketika berkunjung ke klinik.

Menurutnya, pakar pemakanan tersebut menjelaskan bahawa kebanyakan jenis beras mempunyai kandungan hampir sama kecuali beras pulut.

"Semalam pergi jumpa dietitian dekat klinik. Dia cakap semua beras sama je, pengambilan pun sama untuk semua beras kecuali beras pulut. Satu genggam nasi sekali makan," katanya.

Dia turut berkongsi saranan dietitian mengenai waktu makan yang perlu dijaga iaitu tiga kali sehari dengan konsep suku-suku separuh.

Pakar pemakanan menjelaskan bahawa kebanyakan jenis beras mempunyai kandungan hampir sama dari segi pengambilan kecuali beras pulut.

"Makan tiga kali sehari, pukul 7 hingga 8 pagi sarapan, 12 hingga pukul 1 makan tengah hari, 7 hingga 8 pula makan malam dan suku-suku separuh. Lebihkan protein, lebihkan fiber. Itu sahaja dietitian cakap. Protein pun tidak kisah nak makan apa dan masak apa.

"Sayur wajib setiap kali makan dan buah pula pilihan, ada atau tiada pun tidak mengapa. Lebih baik jadikan buah sebagai snek kalau lapar antara waktu makan atau selepas makan malam," jelasnya.

Tambahnya, pakar pemakanan turut menekankan kepentingan menjaga jadual makan dan mengamalkan rutin secara konsisten.

"Dia cakap sarapan tu, buat sandwich pun okay janji ada tiga benda itu. Kalau malas sangat boleh buat 'scrambled egg' dan roti bakar tapi roti dua keping sahaja.

"Kalau lapar antara waktu makan pun boleh makan roti, sekeping sahaja atau biskut jagung.

"Paling penting jangan minum manis hari-hari. Slow-slow berhenti. Satu atau dua kali seminggu okay," katanya.

Perkongsian itu dihujani pelbagai komen netizen dengan ada yang turut bersetuju dengan pandangan ini.

"Ya betul tu, waktu makan sangat penting. Salah satu sebab adalah untuk mengekalkan blood sugar spike sepanjang hari.

"Bila skip breakfast kemudian makan double portion masa lunch (boleh jadi sebab terlalu lapar), paras gula dalam darah akan rendah waktu pagi dan naik mendadak waktu makan tengah hari.

"Keadaan ini lama-kelamaan boleh menyebabkan pengurangan insulin sensitivity. Reduced insulin sensitivity menyebabkan gula tidak dapat diserap dengan cekap ke dalam sel dan akhirnya disimpan sebagai lemak," tulisnya.

Penjagaan waktu makan sangat penting dalam pengurusan diet seimbang.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka berkaitan pengambilan nasi serta kesannya terhadap paras gula.

"Saya boleh confirm nasi panas sama sahaja, basmati dengan beras biasa. Saya setiap kali lepas makan akan periksa paras gula, naik juga sama.

"Mungkin masa sejuk berbeza paras gula. Beras merah atau parboiled belum test lagi,” katanya.

MENARIK DIBACA: Ada logo halal, wanita masih risau nak makan ayam 'frozen' dari China... Suami suruh jamu kucing

MENARIK DIBACA:  Tip arwah nenek! Nak beli kuali berkualiti cuma perlu periksa satu label, tahan 3 generasi

Terdapat juga warga maya berkongsi nasihat yang diterima daripada ahli farmasi dan doktor berkaitan pengambilan roti ketika sarapan serta nasi bagi individu yang mempunyai masalah gula dalam badan.

"Sebenarnya saya jumpa ahli farmasi dan doktor hari tu pun nasihat ambil roti juga masa sarapan, sekeping dan selebihnya protein.

"Nasi kalau gula okay boleh ambil dua senduk. Kalau tidak okay dengan ubat yang diambil, kurangkan sampai satu senduk nasi sahaja.

"Makan lebih daripada dua senduk tidak sesuai. Ambil satu setengah senduk jika masih tinggi gula, dan satu senduk sahaja jika perlu," katanya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bagaimana ubat kesan sakit dialami manusia? Ketahui 'perjalanan' tablet dalam tubuh lepas ditelan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Jangan guna air mineral bancuh susu anak, doktor jelaskan risiko terhadap bayi

Terhangat