info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Jangan guna air mineral bancuh susu anak, doktor jelaskan risiko terhadap bayi

Lead Image

TERDAPAT ibu bapa memilih air mineral untuk membancuh susu formula bayi kerana menyangka ia lebih bersih dan selamat berbanding air paip yang dididihkan.

Tanggapan itu sebenarnya kurang tepat kerana tindakan itu akan membuatkan bayi menerima mineral lebih daripada keperluan dan berdepan risiko kesihatan.

Perkara itu dijelaskan oleh pakar pediatrik, Dr Kanneth Looi Chia Chun, menerusi perkongsian semula oleh doktor perubatan, Dr. Malar, di media sosial.

Dr. Kanneth Looi Chia Chun menjelaskan perkara itu menerusi hantaran video Dr. Malar.

Menurut Dr Kanneth, susu formula sendiri sudah mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Jika dibancuh menggunakan air mineral yang turut mempunyai kandungan mineral tinggi, jumlah mineral yang diambil bayi boleh menjadi berlebihan.

"Kalau 'mineral water' mempunyai kandungan mineral tinggi, lebih-lebih lagi susu formula itu sendiri sudah mengandungi mineral, ia boleh meningkatkan pengambilan mineral bayi," jelasnya.

MENARIK DIBACA: Wanita dakwa bubbles O2 bantu anak kembali segar selepas muntah, cirit-birit

MENARIK DIBACA: Macam air mineral biasa, Jepun cipta Tokusui bantu hapus lemak badan

Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan air yang sesuai digunakan untuk membancuh susu formula perlu mempunyai kandungan natrium (sodium) tidak melebihi 200 miligram seliter dan kandungan sulfat tidak melebihi 250 miligram seliter.

Tambahnya, pilihan paling selamat ialah menggunakan air paip yang telah dimasak sehingga mendidih untuk membancuh susu.

"Sebaiknya gunakan air paip yang dididihkan untuk bancuh susu. Itu pilihan paling selamat," katanya.

Merujuk garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kandungan natrium (sodium) dalam air tidak melebihi 200 mg.

Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan air mineral masih boleh dipertimbangkan jika benar-benar tiada pilihan lain, namun hanya untuk situasi kecemasan dan bukan dijadikan amalan harian.

Selain itu, Dr Kanneth turut menjelaskan air yang melalui sistem penapis (filtered water) juga boleh digunakan, tetapi ia tetap perlu dididihkan terlebih dahulu.

"Yang menjadi kerisauan ialah apabila air 'filtered' itu tidak dididihkan dan sekadar dipanaskan kerana ia mungkin tidak membunuh kuman sepenuhnya," jelasnya.

Jumlah mineral terlarut yang tinggi boleh memberi beban kepada buah pinggang bayi dan meningkatkan risiko pengambilan natrium atau fluorida secara berlebihan jika digunakan secara berterusan.

Bagaimanapun, air minuman (drinking water) yang berpenutup putih boleh digunakan untuk membancuh susu bayi.

Garis panduan ini terpakai untuk bayi berumur 2 tahun ke bawah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Tak kisah beras jenis apa, makan nasi 3 kali sehari tetap boleh kurus... Ikut saja kaedah ini!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

8 jenis makanan selamat dimakan sepanjang masa, tiada tarikh luput

Terhangat