Wanita dakwa bubbles O2 bantu anak kembali segar selepas muntah, cirit-birit
MELIHAT anak tidak bermaya selepas mengalami muntah dan cirit-birit pasti membuatkan ibu bapa berasa risau.
Seorang wanita di Threads berkongsi pengalamannya berdepan situasi sama dan bersyukur apabila anaknya beransur pulih selepas dia memberikan air mineral berjenama Bubbles O2.
Menerusi hantarannya, wanita itu berkata dia memberikan beberapa botol air itu kepada anaknya selepas melihat keadaan kesihatan si kecil merosot.
"Anak saya ni tiba-tiba je muntah-muntah, cirit-birit. So saya bagi dia dua hingga tiga botol air bubbles ni. Paksa dia minum selalu kena habiskan.
"Lepas tu segar elok dah. Air ni kalau korang rasa nak demam, perut tak selesa, cirit-birit pergilah cari air ni tau. Tak cakap kosong sebab memang bagus," tulisnya.
Dia turut menyarankan orang ramai mencuba air berkenaan sekiranya mengalami masalah seperti demam atau ketidakselesaan perut berdasarkan pengalaman peribadinya.
Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas mencuba produk berkenaan.

"Yes betul saya lepas kena hampir tiga minggu sakit + batuk, doktor minta minum air ni dan ya satu minggu je sembuh. Sekarang kalau anak atau saya sakit memang air ni la minum walaupun agak mahal sanggup beli tapi berkesan untuk orang sakit cepat sembuh dan air dia rasa ringan betul nak telan. Minum tak sejuk pun sedap.
"Ya betul. Air ni memang okay sangat-sangat. Dulu masa anak saya bayi selalu nafas laju. Keluar masuk hospital. Bagi minum air ni Alhamdulillah okay sangat. Anak-anak sakit tekak dan demam pun air ni la cari dulu.
MENARIK DIBACA: Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai
MENARIK DIBACA: Kakak anggap adik tiada adab habiskan biskut viral tanpa izin - "Aku tak sempat sentuh langsung"
"Betul, ayah saya ada terasa semput sejak sakit ni bila malam je dada terasa sempit . Bila beli air ni dia okay Alhamdulillah, anak demam ke selesema ke memang kami standby air ni.
“Betul. Sekarang mak saya belikan air ni satu kotak untuk bapa mentua minum sebab ada sakit tibi. Setiap dua minggu mesti jumpa doktor untuk ambil darah.
"Sebelum minum air ni, bacaan darah dan hati bapa mentua tak normal sampai tak ada selera langsung nak makan apa-apa. Sejak akak mentua belikan dan suruh bapa mentua amalkan minum air ni, bacaan darah normal, kahak pun negatif. Sampai sekarang bapa mentua minum air ni, tak boleh campur-campur air lain dah kena minum air ni je," komen netizen lagi.

"Betul dah terbukti untuk diri saya...dulu nak demam cari panadol lepas cuba air ni dah tak cari dah. Rasa badan panas-panas nak demam terus pergi beli minum," antara komen netizen.
Bagaimanapun, dakwaan mengenai kemampuan sesuatu produk air mineral untuk merawat atau mempercepatkan penyembuhan penyakit perlu dinilai dengan berhati-hati.
Air kosong sememangnya penting bagi membantu mencegah dehidrasi terutama ketika seseorang mengalami muntah atau cirit-birit, namun ia bukan pengganti rawatan perubatan.
Sebahagian warganet turut memberikan pandangan bahawa kandungan oksigen dalam air berkenaan menjadi antara faktor yang menyebabkan mereka merasakan kesannya.
"Kadar oksigen dia lagi tinggi. Sebab tu kalau macam oksigen drop sebab demam ke cirit-birit ke bila minum air ni dia bagi lagi tenaga. Dewasa kanak-kanak semua boleh ya.
"Tak silap hari tu ada kelur satu temuramah owner air bubble ni. Sumber air mineral dia milik yayasan Al-Ammar salah satu pusat tahfiz dan aktiviti kebajikan.
"Air bubbles ni air yang sentiasa diruqyahkan," komen warganet lagi.