info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

8 jenis makanan selamat dimakan sepanjang masa, tiada tarikh luput

Lead Image

TARIKH luput yang tercetak pada bungkusan tidak semestinya bermaksud makanan itu terus rosak selepas hari tersebut.

Sebaliknya, terdapat beberapa jenis makanan yang mampu bertahan selama bertahun-tahun jika disimpan dengan betul. 

Ada yang boleh dijadikan stok kecemasan di rumah kerana ketahanannya yang luar biasa.

Buktinya, ahli arkeologi pernah menemui madu di dalam makam Mesir Purba yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun dan ia masih berada dalam keadaan selamat untuk dimakan.

Selagi dilindungi daripada kelembapan, udara dan haba, kualitinya mampu bertahan jauh lebih lama daripada yang disangka.

Garam dan gula boleh bertahan tanpa had jika disimpan di tempat kering.

Menurut usefulwise, berikut lapan makanan yang terkenal dengan ketahanannya:

1. Madu

Madu asli hampir tidak mempunyai tarikh luput kerana kandungan airnya yang sangat rendah serta sifat antibakteria semula jadi.

Jika madu mengeras atau membentuk kristal, hanya rendam atau panaskan bekas di dalam air suam dan teksturnya akan kembali cair.

2. Garam

Garam merupakan mineral semula jadi, jika disimpan di tempat kering dan kedap udara, ia boleh bertahan selama-lamanya.

Cuma elakkan daripada terdedah kepada kelembapan kerana ia boleh menyebabkan garam bergumpal.

MENARIK DIBACA: Letak katak petua elak susu cepat basi, amalan orang lama sebelum ada peti sejuk

MENARIK DIBACA: Cara simpan beras 'kecemasan' tahan sampai 4 tahun! Tak payah letak cengkih, cili kering

3. Gula

Sama ada gula putih atau gula perang, kedua-duanya boleh bertahan tanpa had jika disimpan di tempat yang kering. 

Apa yang penting ialah memastikan bekas sentiasa tertutup rapat bagi mengelakkan kelembapan dan serangga.

4. Beras putih

Beras putih yang disimpan dalam bekas kedap udara serta di tempat yang sejuk dan kering mampu bertahan antara 10 hingga 30 tahun.

5. Cuka putih

Cuka putih mempunyai sifat semula jadi yang menghalang pertumbuhan bakteria. 

Disebabkan itu, ia mampu bertahan untuk tempoh yang sangat lama.

Kandungan garam yang tinggi membantu memanjangkan jangka hayat kicap soya.

6. Kacang kering

Kacang kering boleh disimpan lebih dari 10 tahun, namun semakin lama disimpan, tempoh memasaknya mungkin menjadi lebih panjang.

7. Kicap soya

Kandungan garam yang tinggi membantu memanjangkan jangka hayat kicap soya. 

Botol yang belum dibuka boleh bertahan selama bertahun-tahun, manakala selepas dibuka ia juga mampu kekal berkualiti untuk tempoh yang lama.

8. Sirap maple tulen

Sirap maple tulen boleh bertahan selama bertahun-tahun apabila disimpan di dalam peti sejuk selepas dibuka. 

Kandungan gulanya yang tinggi membantu mengekalkan kualitinya lebih lama.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Jangan guna air mineral bancuh susu anak, doktor jelaskan risiko terhadap bayi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Minyak paket murah tapi ramai risau kualiti, risiko kesihatan... Pengguna perlu tahu fakta ini!

Terhangat