info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Letak katak petua elak susu cepat basi, amalan orang lama sebelum ada peti sejuk

Lead Image

PERNAH terfikir tak bagaimana orang zaman dahulu menyimpan susu sebelum wujudnya peti sejuk?

Susu sememangnya antara bahan yang mudah rosak jika dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik. 

Dalam cuaca atau suhu tertentu, ia boleh menjadi basi hanya dalam tempoh beberapa jam.

Masyarakat di Rusia pada abad-19 bagaimanapun mempunyai satu cara yang cukup unik tapi kedengaran pelik bagi kebanyakan orang hari ini.

Susu sememangnya antara bahan makanan yang mudah rosak.

Mereka dipercayai meletakkan seekor katak hidup ke dalam bekas berisi susu bagi memastikan minuman itu tahan lebih lama dan tidak cepat basi.

Katak bukan sebarang katak, mereka dikatakan menggunakan spesies katak coklat Rusia (Rana Temporaria).

Walaupun tradisi tersebut kelihatan aneh, amalan itu sebenarnya bukan sekadar kepercayaan turun-temurun tak berasas.

Menurut sebuah jurnal yang diterbitkan oleh American Chemical Society, terdapat penjelasan saintifik di sebalik amalan masyarakat Rusia tersebut.

Kajian yang dijalankan oleh saintis mendapati kulit katak coklat Rusia mengandungi pelbagai sebatian antibiotik semula jadi yang berfungsi melindungi haiwan itu daripada bakteria hidup di dalam air.

MENARIK DIBACA: Dari filem ke meja makan... Ketahui sejarah kek gergasi Matilda, kaya rasa coklat premium

MENARIK DIBACA: Rahsia di sebalik semangkuk mi segera, ketahui asal usul dan evolusi sejak 4,000 tahun lalu

Katak berkenaan merembeskan lapisan perlindungan khas pada kulitnya yang mampu menghalang pertumbuhan mikroorganisma berbahaya.

Antara sebatian yang dikenal pasti ialah peptida antimikrob dikenali sebagai Brevinin-1Tb, yang didapati berkesan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya seperti Salmonella dan Staphylococcus aureus.

Kehadiran sebatian itu dipercayai membantu memperlahankan pertumbuhan bakteria dalam susu, sekali gus menjadikannya lebih tahan lama sebelum rosak.

Walaupun kaedah itu tidak lagi relevan pada zaman moden, tradisi itu membuktikan masyarakat terdahulu sebenarnya memiliki kebijaksanaan tersendiri dalam menyelesaikan masalah harian menggunakan sumber terhad yang mereka ada.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Terima notis KKM, Restoran Ikea Cheras ditutup sementara untuk jalankan kerja penyelenggaraan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Piala Dunia 2026: Sebelum sepak mula, penyokong berpesta 'tailgate' di luar stadium

Terhangat