Air buah lai campur sedikit rempah bantu legakan tekak tak selesa ketika jerebu
KEADAAN jerebu yang melanda Malaysia ketika ini bukan sahaja menyebabkan kita sesak nafas, malah boleh membuatkan tekak terasa kering, gatal dan tidak selesa.
Dalam keadaan begini, tidak hairanlah jika ramai mencari cara untuk melegakan ketidakselesaan tekak, termasuk mencuba petua tradisional menggunakan bahan-bahan semula jadi di rumah.
Antara yang boleh dicuba ialah membuat air rebusan buah lai bersama kayu manis, bunga cengkih dan halia.
Rasanya yang manis dan aroma rempah yang harum menjadikan minuman ini sesuai dinikmati ketika suam, khususnya apabila tekak terasa kurang selesa.
Jom cuba resipi minuman segar seperti yang dikongsikan pempengaruh masakan terkenal, Che Sayang ini.

Bahan-bahan
- 2 biji buah lai
- 2 batang kulit kayu manis
- 1 sudu bunga cengkih
- Halia (dihiris)
- Gula batu (tambahan)
- Air
MENARIK DIBACA: Cuma guna 'air fryer'... Kacang dalam tin boleh diubah jadi snek rangup, pedas
MENARIK DIBACA: Dimasak sayur, dibuat snek rangup dah biasa! Peria juga boleh dijadikan jeruk enak
Langkah penyediaan
- Kupas kulit buah lai dan buang bijinya. Potong kecil-kecil.
- Panaskan air, masukkan kayu bunga cengkih. Biarkan sehingga air mendidih dan bertukar warna kecoklatan.
- Keluarkan kulit kayu manis dan bunga cengkih, lalu masukkan buah lai yang telah dipotong.
- Masukkan gula batu jika perlu, kemudian barulah masukkan hirisan halia.
- Biarkan sejuk lalu siap untuk dihidangkan.