info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Cuma guna 'air fryer'... Kacang dalam tin boleh diubah jadi snek rangup, pedas

Lead Image

KALAU sedang mencari idea nak buat snek yang mudah, rangup dan penuh rasa, kacang kuda kari ini boleh dipertimbangkan.

Hanya guna beberapa bahan dan 'air fryer', kacang kuda dalam tin boleh bertukar menjadi kudapan pedas yang cukup menyelerakan!

Tak percaya?

Jom Kuali kongsikan resipi oleh pempengaruh dan jurulatih kesihatan jelita, Chenelle Wen.

Kacang kuda rangup dengan rasa rempah kari pedas.

Bahan-bahan

  • 1 tin kacang kuda
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 2-3 sudu besar serbuk kari
  • Garam

MENARIK DIBACA: Nampak macam sama... Ini perbezaan kuah kacang hidangan raya dan kuah kacang untuk sate!

MENARIK DIBACA: Polis Vietnam bongkar kegiatan proses kopi tiruan guna kacang soya

Langkah penyediaan

  1. Sediakan satu tin kacang kuda, toskan dan ambil kacangnya sahaja.
  2. Gaulkan kacang kuda dengan sedikit minyak zaitun bersama garam secukupnya.
  3. Masukkan serbuk kari dan gaul sehingga sebati.
  4. Tuang kacang kuda di atas 'baking paper' dan gaul sekali lagi dengan sedikit minyak zaitun.
  5. Bakar di dalam 'air fryer' selama 15 minit pada suhu 200 darjah Celsius.
  6. Selepas 15 minit, buka 'air fryer' dan lerai-lerai kacang yang melekat, kemudian tutup semula dan biarkan selama 10 minit supaya kacang benar-benar rangup.
  7. Siap dan sedia untuk dinikmati sebagai snek ringan yang pedas dan rangup.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Tak makan ayam? Cuba buat hidangan gepuk cendawan, tak kalah enaknya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Enaknya siakap rebus cili kering, tak stres amal diet sebab ada 'rasa Melayu'

Terhangat