info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Tak makan ayam? Cuba buat hidangan gepuk cendawan, tak kalah enaknya

Lead Image

ANDA seorang vegetarian tapi ingin makan ayam gepuk? 

Jangan risau, gepuk masih boleh dinikmati dengan menggantikan ayam menggunakan cendawan tiram.

Malah, tekstur cendawan tiram yang lembut dan berjus menjadikannya pilihan menarik untuk menghasilkan versi gepuk tanpa ayam.

Menerusi perkongsian pempengaruh Aisya J Way di TikTok, dia menghasilkan gepuk cendawan menggunakan cendawan tiram yang diperap dengan campuran rempah.

Lebih menarik, hidangan ini turut disajikan bersama sambal gepuk yang mengandungi kacang, lengkap dengan nasi, tempe goreng, tauhu goreng, kubis goreng dan timun.

Kalau nak cuba alternatif ayam gepuk versi vegetarian, jom Kuali kongsikan resipinya.

Cendawan tiram digantikan dengan ayam.

Bahan-bahan:

Untuk perap:

  • 400g cendawan tiram

Bahan A (kisar)

  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan B (salutan)

  • Air sejuk atau susu sejuk secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
  • Tepung goreng

Sambal gepuk:

  • 3–5 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • Sedikit minyak panas
  • Garam secukup rasa/perasa cendawan
  • Sedikit gula Melaka Thai

Sambal kacang:

  • 120g kacang gajus panggang
  • 15 biji cili padi
  • Sedikit minyak panas
  • Garam secukup rasa/perasa cendawan

MENARIK DIBACA: Bazar Kopi Ber-Kuali-Ti khas untuk 'kaki kopi', peminat matcha dan geng suka makan!

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

Penyediaan:

  1. Bersihkan cendawan tiram (tidak perlu dipotong) supaya teksturnya lebih menarik selepas digoreng.
  2. Kisar bahan A sehingga menjadi pes.
  3. Gaulkan cendawan bersama bahan kisar dan perap seketika.
  4. Celup cendawan yang telah diperap ke dalam bancuhan tepung dengan air sejuk atau susu sejuk.
  5. Salutkan sekali lagi dengan tepung sehingga seluruh permukaan cendawan bersalut.
  6. Panaskan minyak dan goreng cendawan sehingga keemasan. 
  7. Untuk sambal, kisar bawang putih dan cili padi.
  8. Masukkan sedikit minyak panas dan perasakan dengan garam atau perasa cendawan.
  9. Jika suka rasa pedas yang lebih seimbang, tambahkan sedikit gula Melaka Thai.
  10. Untuk sambal kacang pula, kisar kacang gajus panggang bersama cili padi dan garam atau perasa cendawan.
  11. Hidangkan cendawan gepuk bersama nasi putih, tempe goreng, tauhu goreng, kubis, timun, sambal gepuk, sambal kacang dan sedikit kicap manis.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Snek diet tak perlu masak! Timun viral pedas manis gaul-gaul siap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Cuma guna 'air fryer'... Kacang dalam tin boleh diubah jadi snek rangup, pedas

Terhangat