info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Snek diet tak perlu masak! Timun viral pedas manis gaul-gaul siap

Lead Image

KALAU anda suka snek rangup, segar dan sihat dengan rasa pedas manis yang ‘kick’, resipi timun viral ini memang wajib dicuba. 

Menariknya, sajian ini hanya menggunakan beberapa bahan mudah yang kebiasaannya memang ada di dapur.

Gabungan rasa pedas, manis dan masam ini menjadikan timun yang selama ini dianggap biasa 'bertukar' kepada makanan menyelerakan.

Paling menarik, resipi ini tidak memerlukan proses memasak yang rumit dan boleh disiapkan dalam beberapa minit sahaja. 

Sesuai dijadikan snek ringan, pembuka selera atau teman ketika menikmati hidangan utama.

Jom cuba!

Timun viral dengan kombinasi rasa pedas dan manis.

Bahan-bahan

  • 1 batang timun Jepun
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 biji cili padi (merah)
  • 3 biji cili padi (hijau)
  • Gula
  • Cuka

MENARIK DIBACA: Terhibur tengok gelagat Jebat Jayden nikmati timun, bawang dan kicap - "Nak jaga badan"

MENARIK DIBACA: Timun sejuk, rangup inti protein enak... Snek sedap untuk diet, sukar nak tolak

Langkah penyediaan

  1. Potong timun menjadi potongan kecil (memanjang).
  2. Masukkan timun ke dalam mangkuk kemudian tambahkan bawang putih dan cili padi merah serta hijau.
  3. Perasakan dengan cuka dan gula lalu gaulkan sehingga sekata.
  4. Biarkan seketika supaya semua bahan meresap.
  5. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Suhun, bayam gaul sos istimewa enak sangat! Mudah, tak perlu masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Tak makan ayam? Cuba buat hidangan gepuk cendawan, tak kalah enaknya

Terhangat