Polis Vietnam bongkar kegiatan proses kopi tiruan guna kacang soya
KOPI bukan sekadar minuman, namun telah menjadi sebahagian daripada rutin hidup ramai orang untuk memulakan hari mereka.
Namun jangan terkejut apabila kopi yang anda minum setiap hari mungkin diperbuat daripada biji kopi tiruan.
Buktinya, polis Vietnam baru-baru ini telah menyerbu sebuah gudang yang didakwa menghasilkan kopi tiruan yang diperbuat daripada kacang soya.
Serbuan yang dilakukan di kawasan pergunungan yang terletak di wilayan Lam Dong itu telah berjaya merampas kira-kira 4.1 tan produk kopi tiruan termasuk tiga tan bahan mentah.

Kegiatan tersebut terbongkar susulan pemeriksaan ke atas sebuah lori pada Selasa lalu yang membawa sebanyak 1,056 beg kopi serbuk seberat 528 kilogram tanpa dokumen sah.
Menurut kenyataan Kementerian Keselamatan Awam Vietnam, kawasan yang diserbu polis itu sememangnya dikenali sebaga kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat utama penanaman kopi.
Hasil siasatan ke atas pemilik gudang dikenali sebagai Luong Viet Kiem, dia mengaku premisnya mencampurkan kacang soya dan bahan perasa lain bersama biji kopi untuk menghasilkan serbuk kopi bagi pasaran tempatan.
MENARIK DIBACA: Padanlah ramai beratur, kombinasi ayam gepuk dan lemak bakar bikin ketagih
MENARIK DIBACA: Resipi ayam percik guna oven, sama sedap macam beli dekat pasar malam!
Seorang pedagang kopi dari wilayan Dak Lak, Nguyen Quang Tho memberitahu pemberita, produk kopi tiruan yang diperbuat daripada kacang soya atau jagung bukanlah perkara asing di sana.
Selain faktor harganya yang jauh lebih murah berbanding biji kopi asli, bentuk dan rasanya yang mirip seperti kopi sebenar membuatkan kopi tiruan tersebut mendapat permintaan tinggi.
Sekadar info, Vietnam merupakan pengeluar biji kopi robusta terbesar di dunia yang mempunyai rasa pahit dan digunakan dalam kopi segera.
Psda 2018, polis di kawasan sama pernah menahan lima individu selepas disyaki menggunakan bahan kimia bateri untuk mewarnakan sisa biji kopi sebelum dijual sebagai lada hitam.