KUALI | Resipi Tradisi

Resipi ayam percik guna oven, sama sedap macam beli dekat pasar malam!

Lead Image

JARANG sekali ada di antara kita yang rajin hendak membuatkan menu ayam percik di rumah kerana menganggap prosesnya rumit.

Sebenarnya bahan-bahan membuat menu popular di bulan Ramadan ini cukup ringkas malah gabungan rempah ratusnya menghasilkan kuah yang pekat dan beraroma.

Tak perlu panggang di atas kayu bara, guna oven pun sudah boleh buat ayam percik malah rasanya seperti beli di bazar Ramadan.

Apa tunggu lagi, jom cuba resipi ini di rumah.

MENARIK DIBACA: Resipi honey butter biscuit senang sangat, ada cara nak dapat rasa premium 

MENARIK DIBACA: Perang dunia kedua punca popcorn popular di pawagam, asalnya diberi percuma

Bahan-bahan

  • 1 ekor Ayam (dipotong dan dibersihkan)

Bahan A (kisar)

  • 2 biji bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 2 batang serai
  • 3–4 biji buah keras
  • 2 sudu besar cili kisar

Bahan B

  • Santan
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam
  • Gula
  • Air (secukupnya)
  • Minyak masak

Langkah penyediaan

  1. Kisar kesemua bahan A sehingga halus.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan air secukupnya kemudian kacau rata dan biarkan sehingga kuah mendidih.
  4. Perasakan degan garam dan gula secukupnya dan masukkan asam gelugur.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuah dan biarkan sehingga ayam separuh masak.
  6. Keluarkan ayam dan ketepikan.
  7. Teruskan memasak kuah hingga pekat, kemudian tutup api.
  8. Susun ayam di dalam loyang dan lumurkan dengan kuah percik.
  9. Bakar ayam di dalam oven pada suhu 200 darjah Celsius selama 20 hingga 25 minit.
  10. Terbalikkan ayam, lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar semula selama 20 hingga 25 minit sehingga masak
  11. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Kena cuba resipi cucur durian, sekali rasa memang buat ketagih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Ayam songkem luar biasa sedapnya, resipi tradisi Madura wajib cuba

Terhangat