KUALI | Resipi Tradisi

Kena cuba resipi cucur durian, sekali rasa memang buat ketagih

Lead Image

KALAU tak tahu nak buat apa dengan isi durian yang berlebihan, selain dijadikan tempoyak, apa kata cuba buat cucur durian.

Aroma durian yang harum semerbak ketika digoreng boleh buat jiran sebelah tertanya-tanya resipi apa yang sedang anda masak.

Percayalah, sekali rasa tekstur cucur yang rangup tetapi lembut isinya memang susah nak berhenti. Silap-silap durian asli pun dah tak pandang lepas ini.

Resipi cucur durian ini merupakan perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Sabariah Bahasar yang dijamin menjadi dan mudah.

Tekstur cucur yang rangup tetapi isinya lembut.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan isi durian (dilenyek)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

MENARIK DIBACA: Rasa dan tekstur boleh berubah, tak semua masakan sesuai guna api besar 

MENARIK DIBACA: Sourdough pilihan baik buat pesakit diabetes, bantu lancar pencernaan

Cara penyediaan

  1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung gandum, isi durian, serbuk penaik, gula dan garam. Gaul rata.
  2. Buat lubang di tengah adunan, pecahkan telur dan masukkan minyak masak.
  3. Kacau perlahan sehingga sebati, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul.
  4. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Cukup sekadar boleh diangkat dengan sudu.
  5. Perap adunan selama 10–15 minit supaya bahan benar-benar sebati.
  6. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  7. Masukkan adunan ke dalam minyak panas menggunakan sudu dan goreng sehingga cucur keemasan.
  8. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi ikan kembung air asam punyalah senang, tapi buat makan tak ingat dunia

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi ayam percik guna oven, sama sedap macam beli dekat pasar malam!

Terhangat