KUALI | Resipi Tradisi

Resipi ikan kembung air asam punyalah senang, tapi buat makan tak ingat dunia

Lead Image

ADA kalanya menu ringkas seperti ikan rebus bersama air asam sudah cukup membuatkan selera membuak-buak sehingga tanpa sedar bertambah dua pinggan nasi.

Apatah lagi cara memasaknya cukup mudah dan tidak memerlukan usaha yang banyak.

Bayangkan sepinggan ikan kembung segar, disiram dengan air asam yang masam, pedas dan sedikit manis siap terhidang depan mata.

Makan pula dengan nasi panas-panas memang menjilat jari.

Resipi yang satu ini memang wajib cuba, jom Kuali tunjukkan cara mudah menyediakan menu ikan kembung rebus air asam.

Ikan kembung rebus air asam memang menjadi kegemaran ramai.

MENARIK DIBACA:Daun kaduk bukan setakat sedap dibuat miang kham, ini 5 fakta menarik tentangnya

MENARIK DIBACA:Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca

Bahan-bahan

Bahan ikan rebus

  • 4 ekor ikan kembung 
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya

Bahan air asam

  • 1 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang merah 
  • 1–2 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau 
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula 

Cara penyediaan

  1. Bersihkan ikan kembung dan masukkan ke dalam periuk bersama air, hirisan halia dan garam.
  2. Rebus ikan dengan api sederhana sehingga masak, kemudian angkat dan toskan.
  3. Dalam satu mangkuk, campurkan bawang besar, bawang merah, cili merah, cili hijau, air asam jawa, garam, gula dan belacan bakar (jika suka). Gaul rata.
  4. Susun ikan rebus di dalam pinggan dan hidangkan bersama air asam.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi cepat dan mudah, sambal tempoyak petai ikan bilis pembuka selera ketika berbuka puasa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Kena cuba resipi cucur durian, sekali rasa memang buat ketagih

Terhangat