KUALI | Tip & Trik

Rasa dan tekstur boleh berubah, tak semua masakan sesuai guna api besar 

Lead Image

MEMASAK bukan sekadar mencampurkan bahan dan mengikut langkah resipi, tetapi juga melibatkan cara mengawal haba api untuk mendapatkan hidangan lebih lazat.

Dua istilah yang sering digunakan di dapur ialah high heat (haba tinggi) dan low heat (haba rendah).

Secara ringkas, memasak dengan haba tinggi bermaksud memasak menggunakan api yang besar, biasanya dalam tempoh masa singkat.

Manakala memasak dengan haba rendah pula ialah memasak menggunakan api kecil atau sederhana untuk tempoh yang lebih lama.

Hasil masakan yang diperoleh adalah berbeza seperti berikut:-

Masakan bergulai disarankan menggunakan haba rendah.

1. Penghasilan rasa

Haba yang tinggi mencetuskan tindak balas maillard dan karamelisasi, iaitu proses apabila gula dan protein dalam makanan bertindak balas pada permukaan panas, lalu menghasilkan warna coklat keemasan serta aroma dan lapisan rasa lebih kaya.

Sebaliknya, masakan haba rendah membina rasa secara perlahan. Masakan seperti kari, gulai atau hidangan rebusan lain disarankan dimasak dengan api kecil supaya rempah-ratus dan bahan dapat 'bersatu' dengan lebih baik. 

Haba rendah menjadikan daging lebih empuk.

2. Pembentukan tekstur

Bagi masakan haba tinggi, bahagian luar menjadi rangup, manakala bahagian dalam kekal berjus.

MENARIK DIBACA: Kepala hampir botak akibat rambut gugur, 2 bahan ini kembalikan keyakinan anda

MENARIK DIBACA: Rebus dengan daun salam, cara hilangkan bau hamis hati lembu

Sebaliknya, masakan haba rendah pula menjadikan bahan lebih lembut misalnya daging atau sayur-sayuran akan menjadi lebih empuk dan seratnya terurai semula jadi.

 Haba tinggi mengekalkan vitamin pada sayur.

3. Perbezaan nutrisi

Tempoh masakan haba tinggi lebih singkat, boleh membantu mengekalkan vitamin dan warna sayur yang cepat masak seperti brokoli atau paprika.

Api rendah pula membantu mengekalkan nutrisi yang lebih sensitif terhadap haba kerana tidak terdedah secara langsung kepada suhu melampau.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bawang putih kisar bertukar hijau... Jangan panik, ini punca sebenarnya

Terhangat