Ada sebab jangan simpan mentega dekat pintu peti sejuk, pakar dedah risikonya
BAHAGIAN pintu peti sejuk memang sering dianggap tempat paling praktikal untuk simpan bahan makanan.
Mudah dicapai, senang dijangkau, jadi ramai yang suka letak barang di situ.
Tetapi menurut pakar pemakanan, ada satu bahan dapur yang sebaiknya tidak disimpan di bahagian tersebut iaitu mentega.

Menurut laporan Reader's Digest, mentega sebaiknya tidak dibiarkan terlalu lama di pintu peti sejuk kerana berlakunya perubahan suhu berulang kali.
"Setiap kali pintu peti sejuk dibuka, udara hangat terus masuk dan mengenai rak pintu. Perubahan suhu berulang ini boleh mempercepatkan kerosakan mentega," kata pakar pemakanan.
Perubahan suhu ini membuat mentega sentiasa melembut dan kemudian mengeras semula, sekali gus menjejaskan tekstur dan kualitinya
MENARIK DIBACA: Tak payah guna minyak, ini cara buat bawang goreng rangup dan sihat
MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk
Sebaiknya, mentega disimpan di rak tengah atau rak atas bahagian belakang peti sejuk.
Bahagian ini mempunyai suhu yang lebih stabil dan sejuk, serta terlindung daripada cahaya yang boleh mencetuskan pengoksidaan lemak.
Dengan cara ini, mentega boleh bertahan sehingga tiga bulan di bahagian paling sejuk peti sejuk tanpa menjejaskan rasa dan teksturnya.