KUALI | Tip & Trik

Kepala hampir botak akibat rambut gugur, 2 bahan ini kembalikan keyakinan anda

Lead Image

MASALAH rambut gugur sering menjadi musuh disebabkan beberapa faktor seperti usia, hormon, pemakanan dan kesihatan.

Untuk melakukan rawatan rambut seperti leser pula memerlukan belanja besar, malah boleh mencecah sehingga beribu-ribu ringgit.

Rambut gugur yang dibiarkan tanpa rawatan akhirnya menjadi mimpi ngeri apabila kepala menjadi botak sehingga mengakibatkan seseorang itu berasa kurang yakin untuk berada di khalayak ramai.

Masalah rambut gugur boleh terjadi disebabkan banyak faktor seperti usia dan hormon.

Tapi jangan risau sebab ada petua mudah boleh bantu atasi masalah ini dengan hanya guna dua bahan sahaja.

Selain membantu atasi masalah rambut gugur, petua ini juga membantu melebat dan menguatkan akar rambut tanpa perlu mengeluarkan besar.

Harap petua ini dapat membantu anda untuk tampil lebih yakin dengan rambut lebat, hitam dan bersinar.

MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam

MENARIK DIBACA: Berita baik menjelang Ramadan, Kerajaan kaji kemungkinan masukkan barangan basah dalam senarai Sara

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang merah
  • 10 biji bunga cengkih

Cara penyediaan

  1. Hiris nipis bawang merah lalu masukkan ke dalam botol penyembur kecil
  2. Campurkan bersama bunga cengkih yang telah dicuci bersih.
  3. Masukkan air biasa sehingga penuh dan biarkan semalaman supaya pati bawang merah dan bunga cengkih sebati.
  4. Sembur air rendaman bawang merah dan bunga cengkih pada kulit kepala sebanyak tiga kali sehari.
  5. Dijamin dalam masa beberapa minggu, anak rambut akan mula tumbuh selain petua ini dapat menguatkan akar rambut dan mengurangkan kelemumur.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ada sebab jangan simpan mentega dekat pintu peti sejuk, pakar dedah risikonya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Rebus dengan daun salam, cara hilangkan bau hamis hati lembu

Terhangat