info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Dimasak sayur, dibuat snek rangup dah biasa! Peria juga boleh dijadikan jeruk enak

Lead Image

SELAIN dimasak sebagai sayur atau dijadikan snek rangup, peria juga boleh dijadikan jeruk.

Mungkin ramai tidak tahu peria yang dikenali kerana rasanya yang pahit sangat enak selepas dijadikan jeruk.

Kepada mereka yang selama ini tidak gemar makan peria, selepas dijadikan jeruk ia mungkin menjadi pilihan.

Jom cuba resipi jeruk peria yang dikongsikan pempengaruh masakan terkenal, Anna Ayuda dalam Instagram miliknya, Annawhatscooking.

Rasa pahit sangat enak selepas dijadikan jeruk.

Bahan-bahan

  • Peria
  • Cili padi
  • bawang putih
  • Garam
  • Gula
  • Cuka
  • Air

MENARIK DIBACA: Trik kurangkan pahit peria katak, gaul saja dengan garam

MENARIK DIBACA: Aqasha handal masak ikan sichuan, belajar dengan ibu masa zaman bujang

Langkah penyediaan

  1. Cuci peria dan potong bulat (bentuk cincin).
  2. Gaul peria yang telah dipotong dengan garam dan biarkan selama 30 minit. Tujuannya untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Bilas peria yang digaul garam tadi lalu ketepikan.
  4. Larutkan gula, garam dan cuka dalam semangkuk air kemudian masukkan peria.
  5. Tambah cili padi dan bawang putih lalu pindahkan ke dalam botol.
  6. Simpan di dalam peti sejuk selama semalaman.
  7. Sedia untuk dimakan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Tumis tomato rupanya rahsia sedapkan ayam masak kicap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Snek nostalgia, emping padi makan bersama kelapa nampak ringkas tapi sedap

Terhangat