info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Tumis tomato rupanya rahsia sedapkan ayam masak kicap

Lead Image

LAUK ayam masak kicap sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia tidak kira tua atau muda.

Keenakan hidangan ini memang diakui ramai, malah cara membuatnya juga sangat mudah.

Hantaran seorang pengguna Threads dikenali sebagai Ain Natasha mengundang perhatian apabila dia berkongsi rahsia ayam masak kicap ekstra sedap hanya dengan cara menumis tomato.

Menurut Ain, rasa umami semula jadi pada tomato menjadikan ayam masak kicap bertambah sedap, malah mendakwa tomato yang dimasak terlebih dahulu memiliki lebih banyak nutrien berbanding tomato mentah.

Bagi penggemar ayam masak kicap, apa kata anda cuba sendiri resipi seperti yang dikongsikan ini.

Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk resipi ayam masak kicap.

Bahan-bahan

  • Ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 biji kentang (digoreng)
  • Kicap lemak manis (secukupnya)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Serbuk perasa (secukupnya)
  • Serbuk kunyit
  • Garam (secukupnya)
  • Minyak masak

MENARIK DIBACA: Ikan kukus halia-kicap ala Cina Muslim... Isi 'juicy', aroma kuah harum bangkit selera

MENARIK DIBACA: Masak sendiri ayam masak kicap kuah pekat, berkilat... Puas makan, tak payah beli di kedai

Langkah penyediaan

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya lalu goreng sehingga masak. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Guna kuali sama, keluarkan sedikit minyak lalu masukkan sebiji tomato dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan biarkan sehingga naik bau.
  4. Tuangkan kicap lemak manis secukupnya lalu masukkan satu sudu besar sos tiram.
  5. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan kentang dan perasakan dengan serbuk cendawan serta garam secukupnya.
  7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cara buat kuih kasturi 'anti gagal'! Mudah, tak rumit seperti disangka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Dimasak sayur, dibuat snek rangup dah biasa! Peria juga boleh dijadikan jeruk enak

Terhangat