info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Top 5 ulam kampung tinggi khasiat, tak perlu 'superfood' mahal pun boleh sihat

Lead Image

RAMAI sedar pengambilan ulam ulaman mampu memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh, malah sesetengahnya kaya dengan sebatian antioksidan yang membantu melindungi sel daripada rosak.

Ibarat 'superfood' versi Malaysia, ulam kampung turut menarik perhatian penyelidik kerana kandungan sebatian semula jadinya.

Perkara ini turut dikongsikan seorang lelaki menerusi hantaran di Threads yang menyenaraikan lima jenis ulam kampung dikaitkan dengan aktiviti antioksidan baik untuk kesihatan.

"Kedudukan lima ulam kampung paling kuat lawan radikal. Nombor satu tumbuh meliar belakang rumah, ramai tak perasan.

Rasa ulam raya sedikit pahit enak dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.

"Saya ingatkan semua ulam ni sama, sampai saya baca satu kajian tempatan. Saya dah mula petik ulam raja belakang rumah mak saya. Basuh dan makan dengan nasi panas.

"Dua minggu, badan rasa ringan waktu pagi. Mula dengan satu helai dulu. Benda tumbuh liar belakang rumah selalu jadi ubat paling dekat dengan kita," katanya.

Berikut adalah 5 jenis ulam bermanfaat untuk kesihatan:

1. Ulam raja 

Bunga kecil warna ungu muda, daun lembut macam bawang. Rasanya manis pahit, sedap makan mentah dengan nasi lemak.

Satu kajian universiti tempatan mengukur kandungan antioksidan ulam raja sebagai antara tertinggi berbanding semua ulam yang diuji. Lebih tinggi dari buah beri.

MENARIK DIBACA: "Kalau daging beku dah cair, berat sama ke?" - Peniaga buat eksperimen gara-gara soalan kanak-kanak

MENARIK DIBACA: 'Defrost' ayam cara mudah guna garam... Lepas 30 minit dah boleh masak, isi lebih lembut

2. Tenggek burung

Pucuk muda kemerahan memberikan rasa sedikit pahit di hujung rasa, didapati tinggi dengan kandungan antioksidan. 

Elok dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan kerana ia memberikan rasa umami memuaskan. 

3. Pegaga 

Daun kecil bentuk kipas dan berurat di tengah ini selalu dikaitkan dengan khasiat merangsang kesihatan memori dan kulit. 

Kajian tempatan mendapati ulam ini mengandungi bahan membantu aliran darah ke otak dan pemulihan masalah kulit.

Daun selom kerap digunakan dalam masakan Pantai Timur.

4. Selom

Daun ini memiliki bentuk batang berongga, padat dengan kandungan air tetapi rangup apabila dikunyah.

Daun ini turut dipercayai mengandungi vitamin C dan serat tinggi. 

Kandungan vitamin C penting kerana ia bertindak sebagai perisai menangkap radikal bebas sebelum boleh merosakkan sel.

Masyarakat Pantai Timur sering menggunakan daun ini dalam masakan seperti nasi kerabu. 

Ulam-ulaman bukan sekadar pelengkap hidangan, malah membekalkan pelbagai nutrien dan sebatian tumbuhan

5. Daun kaduk 

Tekstur daun ini agak licin tetapi memberikan rasa pedas halus apabila dicampurkan sebagai ulam dalam nasi. 

Kandungan minyak pati pada daun ini sering diolah menjada bahan melawan radang.

Sekiranya badan mengalami keradangan senyap berpunca daripada pengambilan hidangan berminyak, gula atau kurang tidur boleh guna minyak dari daun ini.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Cara buat jus cuci rahim, minum masa hujung haid baik untuk dalaman wanita

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Berat turun 10kg, buncit susut lepas 4 bulan minum air bendi

Terhangat