info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Tip ikan beku lembut dalam masa 15 minit, tak perlu keluarkan awal dari peti ais

Lead Image

IKAN sejuk beku (frozen) sering menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menyediakan hidangan dengan cepat. 

Bagaimanapun proses melembutkannya mengambil masa, terutama apabila tidak dikeluarkan lebih awal dari peti sejuk.

Menerusi petua yang dikongsikan oleh @makdakrizqy, ada cara mudah untuk melembutkan ikan 'frozen'.

Perkongsian di laman Threads.

Petua ini bukan sahaja menjimatkan masa, malah membolehkan kerja-kerja menyediakan bahan masakan dilakukan sementara menunggu ikan lembut.

“Sejak tahu tips ni, aku dah tak keluarkan ikan dari pagi. Bila-bila nak masak, boleh 'defrost' terus. Tak sampai 15 minit dah lembut! Syurga untuk siapa yang 'share' tips 'defrost' ikan ni,” katanya.

Bahan rahsia yang digunakan pula cukup mudah iaitu garam.

Bukan ikan sahaja, teknik ini juga dikatakan boleh digunakan untuk melembutkan ayam dan daging.

MENARIK DIBACA: "Kalau daging beku dah cair, berat sama ke?" - Peniaga buat eksperimen gara-gara soalan kanak-kanak

MENARIK DIBACA: 'Defrost' ayam cara mudah guna garam... Lepas 30 minit dah boleh masak, isi lebih lembut

Jom Kuali kongsi caranya:

  1. Masukkan ikan 'frozen' ke dalam bekas atau periuk 'stainless steel'/aluminium.
  2. Taburkan 2 sudu besar garam ke atas ikan.
  3. Masukkan lebih kurang suku cawan air paip sampai paras ikan.
  4. Kemudian, isi air paip sehingga ikan tenggelam sepenuhnya.
  5. Sementara menunggu ikan lembut, boleh terus buat persiapan bahan masakan yang lain.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Perah lemon dan letak garam bantu nasi tahan lama, tak cepat basi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Pucuk betik sedap tapi pahit, guna salah satu daripada 5 petua ini

Terhangat