info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Pucuk betik sedap tapi pahit, guna salah satu daripada 5 petua ini

Lead Image

PUCUK betik antara sayuran kampung yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu lebih-lebih lagi jika direbus dan dinikmati bersama sambal belacan serta ikan masin.

Selain direbus, pucuk betik juga enak jika dijadikan hidangan lain seperti masak lemak atau kerabu.

Bagaimanapun, perlu diakui pucuk betik memiliki rasa yang sangat pahit sehingga boleh menjejaskan selera kebanyakan individu.

Sebenarnya, terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi membantu mengurangkan rasa pahit sebelum ia dimasak.

Bagi penggemar pucuk betik, Kuali kongsikan lima petua untuk kurangkan rasa pahit pucuk betik.

Pucuk betik direbus bersama garam untuk kurangkan rasa pahit.

1. Rebus dengan garam

Antara cara mudah yang boleh dilakukan adalah dengan merebus pucuk betik bersama air yang dicampur garam.

Caranya, didihkan air yang dicampur dengan garam terlebih dahulu sebelum memasukkan pucuk betik yang sudah dibersihkan.

Rebus pucuk betik sehingga daunnya layu dan lembut, kemudian tos air rebusan.

Jika masih pahit, proses ini boleh diulangi menggunakan air bersih yang baharu.

Elakkan merebus terlalu lama sehingga daun menjadi terlalu lembik dan layu.

2. Ramas dengan garam

Ramas perlahan-lahan pucuk betik dengan garam.

Pastikan daun tidak diramas terlalu kuat sehingga hancur.

Selepas diramas, bilas pucuk betik dengan air bersih untuk membuang garam berlebihan sebelum meneruskan proses merebus.

Cara ini boleh membantu mengurangkan sebahagian rasa pahit.

MENARIK DIBACA:Dimasak sayur, dibuat snek rangup dah biasa! Peria juga boleh dijadikan jeruk enak

MENARIK DIBACA:Masak 5 jenis sayur ini tak payah kupas kulit, rugi buang nutrisi dalam tong sampah

Asam keping boleh membantu mengimbangi rasa pahit.

3. Rebus dengan asam keping

Masukkan satu hingga dua keping asam keping ke dalam air rebusan pucuk betik.

Rasa masam daripada asam keping boleh membantu mengimbangi rasa pahit.

Selepas direbus, toskan pucuk betik dan bilas jika perlu sebelum dimasak mengikut resipi pilihan.

4. Tukar air rebusan jika masih pahit

Jangan terus membuang pucuk betik sekiranya rasanya masih pahit walaupun selepas direbus.

Buang air rebusan pertama dan rebus semula menggunakan air bersih sehingga daun mencapai kelembutan yang diingini.

Kaedah ini boleh membantu mengurangkan sebahagian rasa pahit.

Masak pucuk betik dengan bahan masakan yang boleh menaikkan rasa.

5. Masak dengan bahan yang menaikkan rasa

Pucuk betik boleh dimasak bersama bahan yang memberikan rasa lebih seimbang seperti ikan bilis, bawang, cili, santan atau belacan, bergantung pada resipi.

Gabungan bahan-bahan ini dapat menambahkan rasa dan aroma hidangan supaya lebih menyelerakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Tip ikan beku lembut dalam masa 15 minit, tak perlu keluarkan awal dari peti ais

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Nasi lembik jangan terus buang! Boleh diselamatkan hanya guna roti putih

Terhangat