info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Nasi lembik jangan terus buang! Boleh diselamatkan hanya guna roti putih

Lead Image

RAMAI dalam kalangan kita pernah berdepan situasi memasukkan lebih sukatan air sehingga menyebabkan nasi yang dimasak menjadi terlalu lembik.

Situasi sebegini memang boleh buat kita rasa tertekan Nak dibuang sayang, lebih-lebih lagi jika nasi yang dimasak itu banyak.

Jangan terlalu cepat mengalah kerana terdapat petua mudah yang boleh dicuba untuk membantu mengurangkan lebihan air pada nasi.

Menerusi perkongsian Dapur Ustazah Aishah di TikTok, jalan pemyelesaian yang boleh digunakan untuk masalah ini adalah dengan menggunakan dua keping roti putih.

Meletakkan dua keping roti putih untuk menyerap lebihan air.

Menurut Aishah, roti putih mampu membantu menyerap lebihan air pada nasi, sekali gus menjadikan nasi yang mulanya terlalu lembik kembali berderai teksturnya.

"Letakkan dua keping roti putih di atas permukaan nasi yang lembik, kemudian tutup periuk dan biarkan seketika.

"Selepas beberapa ketika, periksa keadaan nasi untuk melihat sama ada teksturnya sudah menjadi lebih kering dan tidak terlalu lembik.

"Apabila nasi sudah elok, keluarkan roti lalu gemburkan nasi secara perlahan-lahan menggunakan senduk supaya nasi tidak semakin hancur," ujarnya menerusi video yang dikongsikan di TikTok.

MENARIK DIBACA: Bukan mentah! Ini alasan kebanyakan nasi di Kelantan berderai, keras

MENARIK DIBACA: Teknik cuci beras guna kain cara orang Jepun... Nasi makin sedap, tekstur lebih cantik

Roti digunakan kerana ia mempunyai struktur berliang yang membolehkannya menyerap kelembapan.

Justeru roti bukan sahaja berfungsi sebagai makanan, malah ada beberapa petua dapur yang memanfaatkan sifatnya sebagai bahan penyerap.

Bagaimanapun, jika nasi terlalu lembik, mungkin masa yang diperlukan juga lebih panjang.

Selain menyerap air, fungsi roti  juga sering dikaitkan dengan beberapa petua rumah yang lain.

Nasi akan berderai selepas diletakkan roti.

Antaranya, roti putih boleh digunakan untuk membantu mengurangkan bau kurang menyenangkan atau bau hapak dalam peti sejuk.

Caranya adalah dengan meletakkan sekeping roti di dalamnya.

Roti dikatakan boleh membantu menyerap sebahagian bau yang kurang menyenangkan.

Jadi, selepas ini jangan terus buang nasi yang terlebih air, hanya kerana teksturnya tidak menjadi seperti yang diharapkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Pucuk betik sedap tapi pahit, guna salah satu daripada 5 petua ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Hanya guna teknik tumis darat... Sup ayam sedap lain macam, bangkit aroma harum

Terhangat