info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Hanya guna teknik tumis darat... Sup ayam sedap lain macam, bangkit aroma harum

Lead Image

SUP ayam antara hidangan mudah disediakan, tetapi terdapat banyak cara atau resipi untuk memasaknya justeru aroma dan rasanya sudah pasti berbeza

Seorang pengguna berkongsi petua daripada bapanya yang dikatakan mampu membuatkan sup ayam lebih wangi dan menyelerakan menggunakan teknik tumis darat.

“Tolonglah percaya! Tumis darat buatkan sup ayam lagi sedap. Saya tahu pun selepas ‘berguru’ dengan ayah.

Ayam direbus sehingga empuk sebelum bahan tumis dan daun sup dimasukkan pada akhir proses memasak. Gambar AI

“Wangi sangat. Sedap betul aroma tumisan bawang dengan rempah empat sekawan.

“Satu lagi tip daripada ayah, ayam perlu direbus sehingga empuk kemudian padamkan api. Masukkan bahan tumis dan daun sup tambah akhir sekali,” kongsinya di Threads.

Menurutnya, kaedah tersebut menghasilkan aroma tumisan yang lebih menyerlah dalam kuah sup tanpa perlu memasak kesemua bahan bersama ayam sejak awal.

MENARIK DIBACA: Pertandingan kek buruk asah kreativiti kanak-kanak! Juri perlu rasa geli, loya tekak

MENARIK DIBACA: [V] Yasin cerita pengalaman makan di penjara, kuah rasa air kosong - "Tak rindu langsung"

Perkongsian itu turut mendapat persetujuan pengguna lain yang mengakui mereka sudah lama menggunakan teknik sama ketika menyediakan sup di rumah.

“Mak saya pun selalu kalau masak sup akan tumis cara ini. Memang wangi dan sedap.

“Saya pun. Tetapi tak campur minyak tumisan. Rasa dan aroma sup lebih wangi, memikat selera.

“Cara sama mak saya masak sup ayam. Memang tak dinafikan sedap sangat. Tambah pula dengan taburan bawang goreng, memang ‘kick’.

“Sangat betul. Setiap kali buat sup mesti buat tumis darat. Memang menjadi!

Perkongsian netizen.

“Betul, sup tumis darat lagi sedap daripada sup versi biasa,” komen beberapa pengguna.

Teknik tumis darat biasanya merujuk kepada cara bahan seperti bawang, halia dan rempah ditumis secara berasingan sebelum dimasukkan ke dalam kuah sup.

Bagi yang belum pernah mencuba, petua ini boleh dijadikan salah satu cara untuk memberikan aroma tumisan lebih kuat pada sup ayam.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Nasi lembik jangan terus buang! Boleh diselamatkan hanya guna roti putih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Cara celur bendi agar tak lembik, masa makan boleh dengar 'bunyi rangup'

Terhangat